Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan UTM telah bersetuju untuk meminda tarikh baharu Majlis Konvokesyen Ke-50 berikutan pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh Piliharaya Umum ke-13 Malaysia akan diadakan pada 5 Mei 2013.
Lanjutan daripada itu, tarikh baharu Majlis Konvokesyen Ke-50 dipinda daripada 6 Mei 2013 (Isnin) kepada 7 Mei 2013 (Selasa). Raptai majlis konvokesyen akan diadakan pada 6 Mei 2013 (Isnin) jam 2.00 petang bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web konvokesyen UTM di http://web.utm.my/convocation/
Sebarang kesulitan yang dihadapi berikutan pindaan tarikh konvokesyen ini amatlah dikesali.
Wednesday, April 17
Thursday, March 28
Jalan-jalan Petang Bersama Pendaftar 2013
Bertempat di Tasik Ilmu UTM JB, warga Pejabat Pendaftar atas anjuran Kelab Kebajikan Staf Pejabat Pendaftar [BAKUPEN] telah mengadakan program beriadah bersama Pendaftar. Aktiviti yang julung kali diadakan ini telah menarik sekitar 50 orang warga staf Pejabat Pendaftar yang berkelapangan untuk turut serta beriadah bersama Pendaftar UTM, Tuan Hj Wan Mohamad Zawawi Wan Abdul Rahman.
Tepat jam 5.20 petang, sebahagian warga Pej. Pendaftar telah berkumpul di dataran letak kereta Tasik Ilmu dengan aturcara program didahului dengan sesi regangan otot. Selang 10 minit selepas sesi memanaskan badan, semua yang turut serta mula bergerak dari tasik Ilmu melalui teratak Tasik Ilmu menuju ke Pusat Kesihatan Universiti. Para peserta turut dibekalkan dengan beg plastik hitam dengan tujuan
dapat mengutip sampah-sarap yang kelihatan sepanjang laluan pejalan
kaki.
Thursday, March 7
Latihan Pengungsian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim 2013
Selangkah kehadapan dalam isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan [OSHE], Pejabat Pendaftar telah diamanahkan untuk mengadakan latihan pengungsian kebakaran bagi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Latihan kebakaran atau latihan pengungsian bangunan ini merupakan aspek terpenting berkaitan keselamatan di tempat kerja dan merupakan aktiviti wajib buat oleh semua organisasi sekurang-kurangnya sekali setahun.
Diadakan pada 27 Feb 2103, latihan pengungsian yang diadakan buat kali pertama sejak hampir 3 tahun tidak diadakan, telah berjaya menarik perhatian semua staf di bangunan pentadbiran UTM atau kini dikenali sebagai Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim [BCSI]. Tujuan latihan pengungsian kebakaran ini adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penghuni Bangunan BCSI tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana di BCSI. Ini penting untuk memastikan penghuni bangunan sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan disamping tahu akan tindakan segera yang perlu diambil dan maklum tentang laluan kecemasan yang perlu dilalui dikala bencana berlaku.
Monday, February 11
Pendaftaran Pelajar Pasca Siswazah Sesi 2012/2013
Pejabat Pendaftar sibuk lagi, kali ini dengan aktiviti pendaftaran pelajar Pasca siswazah [post graduate]. Untuk sesi pendaftaran pelajar, Bahagian Pengurusan Organisasi [BPO] yang telah diamanahkan untuk menguruskan kaunter kad matriks telah terlibat secara langsung semasa sesi pendaftaran pelajar post graduate ini yang diuruskan oleh Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah.
Sesi pendaftaran yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar ini berlangsung selama 3 hari bermula 2 Februari hingga 4 Februari 2013. UTM yang pada masa ini sedang meningkatkan pengambilan pelajar pasca siswazah telah menerima pendaftaran pelajar baru seramai hampir 1000 orang. Pengambilan pada kali ini agak menurun sedikit berbanding tahun sebelumnya disebabkan yuran pengajian yang sedikit membebankan bakal-bakal penuntut. Fenomena ini [kenaikan yuran] bukan sahaja berlaku di UTM, malah turut berlaku di seluruh IPTA di Malaysia.
Sunday, February 3
Kekosongan Jawatan UTM 2013 [Jan.2013]
Kekosongan jawatan di Universiti Teknologi Malaysia bagi tahun 2013 kini dibuka.
Kami memerlukan individu yang
dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai
teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan
Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan
adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.
Jawatan :
| Bil. | Tarikh Iklan | Tarikh Tutup | Tajuk Jawatan | Lokasi | Taraf Jawatan | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 29-01-2013 | 11-02-2013 | JURUTEKNIK (JA17) | KUALA LUMPUR | TETAP/KONTRAK | |
| 2 | 29-01-2013 | 11-02-2013 | PENGAWAL KESELAMATAN (KP11) | KUALA LUMPUR | TETAP/KONTRAK | |
| 3 | 29-01-2013 | 11-02-2013 | PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17) | JOHOR BAHRU / KUALA LUMPUR | TETAP/KONTRAK | |
| 4 | 29-01-2013 | 11-02-2013 | PENYELIA ASRAMA (NA17) | KUALA LUMPUR | KONTRAK | |
| 5 | 29-01-2013 | 11-02-2013 | PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (NA17) | JOHOR BAHRU / KUALA LUMPUR | TETAP | |
| 6 | 29-01-2013 | 11-02-2013 | PEKERJA AM (RA01) | KUALA LUMPUR | TETAP | |
| 7 | 29-01-2013 | 11-02-2013 | PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (SA17) | KUALA LUMPUR | TETAP |
Tarikh iklan : 29 Januari 2013.
Tarikh tutup iklan : 11 Februari 2013.
Nota : Permohonan jawatan adalah secara online application dipautan/link yang disertakan.
Pautan web : http://www.kl.utm.my/registrar/ @ https://hrfin.utm.my/smuhr/ @ http://news.kl.utm.my/
Pautan web : http://www.kl.utm.my/registrar/ @ https://hrfin.utm.my/smuhr/ @ http://news.kl.utm.my/
Monday, January 21
Bengkel Balance Score Card Pejabat Pendaftar 2013
Berlangsung di Lexis Hotel Port Dickson, pada 17 - 19 Januari 2013, staf pejabat Pejabat Pendaftar telah berkampung dengan satu tujuan untuk menyelaraskan perancangan strategik bagi tahun 2103 selaras dengan hala tuju universiti.
Hampir keseluruhan pegawai dan staf berkaitan iaitu kira-kira 50 orang terlibat secara langsung dengan bengkel perancangan strategik ini atau balance score card. Bengkel 3 hari ini bertujuan untuk menetapkan halatuju dan saasaran kerja yang perlu dicapai bagi setiap bahagian di Pejabat Pendaftar bagi tahun 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)




