Tabung Endowment Merdeka

Muka surat ini diterbitkan khusus bagi menyokong usaha pihak Universiti untuk mengumpul dana ke arah kelangsungan bidang kesarjanaan pada masa hadapan. Dana hasil daripada Tabung Endowment Merdeka ini akan digunakan bagi menjalankan projek² berkaitan penyelidikan, biasiswa, infrastruktur, mahasiswa dan lain² berkaitan pembangunan dan pengembangan ilmu.

Disebalik "Tabung Endowment Merdeka"
Anugerah Merdeka 2009 yang dianugerahkan kepada Dato' Zaini Ujang adalah titik kepada wujudnya Tabung Endowment Merdeka. Beliau mewujudkan tabung berkenaan sebagai usaha beliau memartabatkan bidang keilmuan selari dengan kategori Anugerah Merdeka yang beliau perolehi - Kategori Pencapaian Ulung Akademik.

Tabung ini diwujudkan sebagai memberi peluang kepada semua individu di dalam dan di luar UTM untuk memberi sumbangan agar tabung ini dapat berfungsi untuk merancakkan aktiviti² keilmuan di UTM, Malaysia.

Kepada yang berminat menghulurkan sumbangan, sila hubungi 
unit berikut:
Unit Penjanaan Dana Universiti, Pejabat Bendahari
Aras 2, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Johor
Malaysia.
Tel: +607 5531152

p/s: Setiap sumbangan membolehkan anda membuat pengecualian cukai pendapatan di bawah Sub Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails