Tentang

Laman sesawang / blog ini diwujudkan bagi menambah capaian maklumat di Pejabat Pendaftar khususnya dan UTM amnya kepada umum serta mendekatkan lagi interaksi antara rakan² di luar sana. Mungkin agak formal bila melihat laman web utama Pejabat Pendaftar. Skema. Itu tak salah, sebab identiti korporat sesebuah organisasi perlu dijaga. Mana² web pun begitu.

Makanya dengan adanya blog ini, kemesraan dan keakraban dalam penyampaian maklumat bersama kami di Pejabat Pendaftar ini, insya-Allah akan mewujudkan rasa senang dalam hati, bukan untuk kami sebenarnya, sudah pasti untuk anda sekalian pengunjung blog ini!

Apa ada di sini?

Sudah pastinya segala macam ragam staf² dan pelbagai berita terkini, hebahan sensasi akan dimuatkan di dalam penyampaian blog ini. Itu sudah cukup menceriakan emosi anda daripada bergelumang dengan timbunan kerja² seharian plus mengadap muka bos saban hari. Para bos sekalian, ceriakan hari² pekerja² anda, mereka sumber penting dalam organisasi. peace!


"Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing"

Ingin bersuara? Tinggalkan saja kata² bernas anda di bawah ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails