Wednesday, July 28

Jemputan ke Hari Keluarga UTM 2010 - 31 Julai 2010

Selepas kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2006, UTM akan mengadakan Program Hari Keluarga peringkat Universiti pada Sabtu ini (31 Julai 2010). Program HKUTM 2010 ini yang diilhamkan oleh Dato' NC dijangka akan dirasmikan oleh Pro Canselor UTM, Dato' Dr. Mohamad Ridzuan Mohd Salleh.

Mungkin program ini sesuatu yang dinantikan oleh sesetengah staf di UTM, mana taknya, hadiah cabutan bertuahnya saja menjadi idaman bukan saja kepada para peserta, malah urusetianya sendiri. Cabutan hadiah utama pada kali ini adalah bernilai RM2000!!. Mahu tau apa hadiahnya? Kenalah datang baru tahu. Menarik bukan? Jangan risau, itu hadiah utama, hadiah tak utama pun menarik perhatian juga. Sebanyak 100 hadiah disediakan khusus untuk anda, warga staf UTM. Jadi, jangan  tak lepaskan peluang ini! (mudah saya nak dapat hadiah cabutan). :).

Banner Hari Keluarga UTM 2010

Pelbagai acara akan diadakan sempena Program HKUTM 2010 ini. Antara yang menarik:
- UTM F1.
- Tornado Run.
- Mini Tresure Hunt.
- Acara mewarna bagi kanak-kanak.
- Hole-in-One.
- Fun Sweeper.
- Khemah Terindah.
dan banyak lagi....

Turut diadakan sedikit pameran dan gerai untuk kaki shopping. Paling istimewa, program ini akan diserikan dengan kehadiran kartunis jemputan Datuk Lat(Karyawan Tamu UTM). Beliau akan mengadakan demo karya beliau dan kanak² berpeluang untuk mewarnakan hasil lukisan beliau pada hari kejadian.

Kepada Staf UTM, jumpa anda di Padang Utama, Sabtu ini!!

Monday, July 26

Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim Bhg.2

Hari yang dinanti telah pun tiba, iaitulah Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI). Dewan Sultan Iskandar (DSI) menjadi saksi perasmian berkenaan yang disempurnakan oleh Duli YMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Di dalam DSI yang penuh dengan ribuan hadirin, kebanyakannya duduk penuh tertib tanpa kata² khusyuk mendengar ucapan penuh makna daripada Baginda. Hinggalah bergema kata²..

"Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Saya dengan ini merasmikan Bangunan Pentadbiran sebagai Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim..
Kemudian...

Friday, July 23

Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM Johor Bahru


Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim,  UTM Johor Bahru akan diadakan pada Isnin ini (26 Julai 2010). Bagi yang tidak mengetahui bangunan mana yang 'bertuah' mendapat gelaran nama tersebut, anda mugkin pernah mengetahui Bangunan Pentadbiran, jadi nama tersebut tidak akan digunakan lagi selepas ini. Kesimpulannya "Bangunan Pentadbiran" ditukar kepada "Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim".

Taklimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Staf Secara Dalam Talian

Satu sesi taklimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Staf Secara Online telah dijalankan pagi ini (23 Julai 2010) di Dewan Senat, UTM Johor Bahru. Taklimat yang sampaikan oleh En Azri Hohad dengan kerjasama pasukan CICT menerangkan tentang prosedur baru permohonan peperiksaan staf di UTM ini.

Gambar hiasan. :)

Jika sebelum ini permohonan dibuat secara manual, proses berkenaan mengambil masa untuk diselesaikan di peringkat pengurusan HCM. Daripada mengambil borang di HCM, mengisi borang dan kembalikan semula ke HCM, proses itu saja pun kadang-kala mengambil masa 2 minggu. Pelik. Maklumlah, komitmen kerja kadang-kala membuat kita 'terlupa' beberapa perkara lain. Kini, dengan inisiatif daripada pejabat HCM, segala proses berkenaan ditambah baik dengan bantuan sistem HRFin yang dibangunkan sebelum ini.

Lepas ini, tak sampai 5 minit pun dah selesai untuk memohon. Tak perlu la ke HCM lagi ambil borang. Mudah cepat dan berkesan. Tahniah!

Dapatkan slaid taklimat tersebut di sini.

Tambahan:


Author,
Registrar Office, UTM, JB

Thursday, July 22

Friday, July 16

Citra Karisma 2010

Citra Karisma kembali lagi! Kehangatannya tak ubah seperti anugerah bintang popular yang acap kali terpancar di kaca televisyen. Meriah, glamor, dengan warna tema yang menyerlah dan 'popular', dan tidak ketinggalan, fesyen pakaian yang sedikit mencuri perhatian. Untuk sekian kalinya bagi tahun 2010 ini , kehebatan majlisnya tetap gah seperti yang diwar-warkan. 



Bagi yang baru menjadi ahli keluarga UTM, Citra Karisma adalah merupakan satu majlis anugerah kecemerlangan dan penghargaan bagi menghargai warga staf UTM yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, iltizam dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Tidak ketinggalan, warga akademik yang telah menyumbangkan idea kreatif dan inovasi dalam penyelidikan, penerbitan dan pelbagai aspek ilmiah dan kemasyarakatan. 

Thursday, July 15

Program Gotong Royong Perdana UTM Johor Bahru

 Tanggal 5 Julai 2010 (Isnin) yang lalu, pihak pengurusan Universiti (UTM) julung-julung kalinya telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana peringkat Universiti melibatkan seluruh jabatan di kampus UTM Johor Bahru. Program ini adalah cetusan idea daripada Dato Naib Canselor sendiri (Dato' Zaini bin Ujang) pertama kali semenjak beliau menjadi Naib Cancelor di UTM ini.
-
Pejabat Pendaftar tidak terkecuali dalam aktiviti ini dengan turut bersama-sama mengerah tulang empat kerat untuk mengemas dan mengindahkan kawasan di dalam dan persekitaran pejabat masing-masing. Lihat sahaja gelagat staf di Pejabat Pendaftar dan jabatan lain di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim semasa aktiviti tersebut.



Author,
Registrar Office,
UTM, JB

Sunday, July 4

UTM to Pioneer a High-Speed 4G Technology in Collaboration With YTL Communication

A Memorandum of Agreement (MoA) has been signed between Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and YTL Corporation Berhad to provide 4G campus-wide network in UTM Skudai.



  
Under this arrangement, YTL through their subsidiary company, YTL Communication Sdn. Bhd. (YTL Comms) undertook the following aspects such as to design, build, operate and manage a 4G campus-wide network for the provision of data and voice service within the Johor Bahru campus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails