Friday, July 16

Citra Karisma 2010

Citra Karisma kembali lagi! Kehangatannya tak ubah seperti anugerah bintang popular yang acap kali terpancar di kaca televisyen. Meriah, glamor, dengan warna tema yang menyerlah dan 'popular', dan tidak ketinggalan, fesyen pakaian yang sedikit mencuri perhatian. Untuk sekian kalinya bagi tahun 2010 ini , kehebatan majlisnya tetap gah seperti yang diwar-warkan. 



Bagi yang baru menjadi ahli keluarga UTM, Citra Karisma adalah merupakan satu majlis anugerah kecemerlangan dan penghargaan bagi menghargai warga staf UTM yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, iltizam dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Tidak ketinggalan, warga akademik yang telah menyumbangkan idea kreatif dan inovasi dalam penyelidikan, penerbitan dan pelbagai aspek ilmiah dan kemasyarakatan. 




Warna tema yang dicanangkan pada kali ini adalah hijau dan putih merujuk kepada pelestarian dalam menjana minda kreatif dan inovatif di UTM ini. Dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar melalui BPPO dengan kerjasama unit-unit lain, Citra Karisma adalah sesuatu yang pasti menjadi bualan sepanjang tahun dikalangan pemenangnya. Kepada yang telah berjaya, Tahniah! anda hebat. Kepada yang tidak berjaya, itu bukan sesuatu yang malang, cuma anda hanya kurang bernasib baik sahaja. Tahun depankan ada lagi - Insya-Allah.


Tingkatkan produktiviti dan prestasi, anda pasti berjaya. Teruskan menjana minda kreatif dan inovatif!

Untuk maklumat lanjut dan senarai pemenang sila klik Citra Karisma 2010

Author,
Registrar Office, UTM, JB

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails