Tuesday, January 25

Kelahiran Cahaya Mata Staf HCD

Baby En. Halid

Baby Pn. Norhafizah.

Tahniah diucapkan kepada Pn. Norhafizah bte Mohd Hanapiah di atas kelahiran cahayamata ke-2 pada 2 Januari 2011 yang lalu. Pn. Norhafizah dikurniakan bayi lelaki seberat 3.1kg dan selamat melahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 

Ironinya, seorang lagi staf HCD juga mendapat cahayamata kedua (bayi perempuan) iaitu En. Halid bin Jamaludin pada tarikh, waktu dan hospital yang sama. Ini mesti ikut semangat berpasukan HCD, one for all, all for one!!! Tahniah, tahniah diucapkan dan semoga keluarga HCD akan bertambah meriah. Seperti pepatah Inggeris ada berkata, 'The More The Merrier".

Thursday, January 20

Kursus 'First Aid' dan 'CPR' di Telok Gorek, Mersing 2011

Lihat saja tajuk, anda pasti teruja dengan perkataan "CPR". Sesuatu yang menarik, akan sentiasa menarik. Tapi tahukah anda, untuk melakukan CPR bukan kerja mudah. Semua kepakaran ini ditimba di Telok Gorek, Mersing pada 14 hingga 16 Januari 2011. Kursus ini dianjurkan Pejabat TNC(P&I) dengan dihadiri oleh 30 orang wakil-wakil staf daripada jabatan/bahagian di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
- Kursus & praktikal CPR.
- Pertolongan Cemas.
- Latihan Pertolongan Cemas (waktu malam).

Praktikal CPR

Thursday, January 13

Konvensyen KIK Peringkat UTM 2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Inilah ungkapan yang diterima oleh 2 Kumpulan Inovatif &Kreatif (KIK) iaitu HCD Solution, Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar dan Cempaka, Pejabat Harta Bina yang dinobatkan sebagai kumpulan terbaik mengikut kategori Pengurusan dan Teknikal dalam KonvensyenKIK UTM kali ke 6 yang telah dilangsungkan pada 23 Disember 2010 di Dewan Senat dan Dewan Bankuet. Setiap kumpulan telah menerima Piala Pusingan, Piala Iringan, wang tunai RM2000.00 dan sijil penghargaan daripada Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.

Kumpulan KIK CempakaGambar: UKU

Tuesday, January 11

PC Fair @ UTM

Agak teruja bila mendapat tahu PC Fair akan diadakan di UTM Johor Bahru. Mana taknya, kebiasaan PC Fair kalau di Johor, lokasi paling sinonim adalah di Persada Convention Centre, JB. Kali ini agak menarik sebab lokasi yang sebut² di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Johor Bahru. Memang sangat menarik. Perincian program ini:

PC Fair @ UTM
12 Jan. - 14 Jan. 2011
10.00 pg - 9.00 mlm
Anjuran Kelab Usahawan UTM Johor Bahru.

Monday, January 10

Majlis Perutusan Tahun Baru 2011 oleh Dato' Zaini Ujang

Hari ini (10 Jan.2011) Dato' Naib Canselor (NC) selamat menyampaikan amanat tahun baru bagi tahun 2011, langsung dari Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Pencapaian 2010 disemak dan menjadi kayu pengukur bagi sasaran untuk tahun 2011. Itulah proses muhasabah yang bererti dalam menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi ini - Menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

 "Menjana Minda Kreatif & Inovatif"

Saturday, January 1

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Perubahan tahun mengajak setiap insan untuk berazam pada sesuatu yang baru. 
Tidak ketinggalan di Pejabat Pendaftar UTM, azam baru dikejar sebagai key performance indicator (KPI) semua bahagian dan unit.
Kalau KPI dah tercapai, alhamdulillah.HEBAT!
Jika azam belum tercapai, terpaksalah berusaha lebih untuk tahun ni.
Semoga tahun ini lebih berjaya untuk semua!! :)


/div>

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails