Thursday, July 19

Program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar [Julai/3 - 2012]

Alhamdulillah setelah beberapa kali membuat percubaan merakam program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar, cubaan kali ini berjaya merakam dengan sempurna. Program yang diadakan secara mingguan di kalangan staf Pejabat Pendaftar ini dibuat setiap minggu pada hari Khamis jam 8-9 pagi. Program dimulakan dengan mentaranum [mengaji] surah tertentu, kemudian diikuti dengan penjelasan tajwid dan seterusnya tafsiran ayat bagi surah berkenaan. Dan jika ada keizinan, sesi soal jawab juga turut diselitkan dalam sesi selama sejam berkenaan.

Pada minggu ini surah yang dibaca dan ditafsirkan adalah Surah Al-A'raf daripada ayat 88-93. Dengar dan hayati tafsiran ayat tersebut, moga bermanfaat. [sesi taranum dan penerangan tajwid tidak dimasukkan. Untuk mempelajarinya, sila hadir ke program ini].

Monday, July 16

Semakan Keputusan Kemasukan ke UTM sesi 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan bagi calon lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf boleh disemak melalui laman webU TM  www.jpt.utm.my. sebagai makluman semua calon yang berjaya adalah dimohon untuk memberi jawapan penerimaan tawaran sebelum 22 Julai 2012 (Ahad), manakala bagi calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara atas talian melalui web www.upu.mohe.gov.my mulai 13 Julai 2012 sehingga 22 Julai 2012.



Pendaftaran pelajar baharu UTM bagi kampus UTM Johor Bahru dan Kampus UTM Kuala Lumpur adalah pada 2 September 2012 (Ahad). Pihak Universiti amat mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu bagi sesi akademik 2012/2013. Tahniah kepada yang berjaya. Jumpa anda di UTM!

Semoga terus cemerlang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails