Monday, December 12

Pertandingan Bowling Ria Pejabat Pendaftar 2011

Jumaat lepas [malam] telah berlangsung Pertandingan Boling Ria Pejabat Pendaftar UTM bertempat di Dynamic Bowl, Danga City Mall. Pertandingan yang berlansung kira-kira jam 8.15 malam ini disertai oleh 27 orang pemain terdiri daripada 9 pasukan campuran yang mewakili setiap bahagian di Pejabat Pendaftar. 

Mengamalkan konsep santai, pertandingan ini turut disertai oleh staf bersama ahli keluarga dan saudara terdekat. Setiap pemain diberikan peluang bermain sebanyak 3 pusingan dengan pemenang akan dinilai berdasarkan jatuhan pin tertinggi. Kategori yang dipertandingkan adalah kumpulan, individu lelaki dan individu wanita.


Thursday, December 8

Ukhwah Dierat di Hari Keluarga Pejabat Pendaftar 2011

Ceria, gembira, seronok dan harmoni. Itu antara kata-kata yang dapat diungkapkan sepanjang aktiviti Hari Keluarga Pejabat Pendaftar yang diadakan pada 29 Oktober 2011 lalu. Bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru, seramai hampir 250orang staf bersama ahli keluarga masing-masng telah hadir bagi memeriahkan program Hari Keluarga berkenaan. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah yang pertama selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2008.


Pelbagai program telah diadakan sepanjang setengah hari program berkenaan berlangsung. Ada aktiviti di lapangan dan ada juga aktiviti dalaman [indoor]. Antara aktivit luar yang menggamit penyertaan staf dan ahli keluarga adalah senaman J-robik, bowling bola ragbi, bawa bola pingpong dalam sudu, tiup tepung, lari kepit belon, golf, jalan ketam, dan beberapa lagi acara sukaneka lain. Acara-acara ini melibatkan penyertaan semua staf dan akhli keluarga serta kanak-kanak.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails