Thursday, December 8

Ukhwah Dierat di Hari Keluarga Pejabat Pendaftar 2011

Ceria, gembira, seronok dan harmoni. Itu antara kata-kata yang dapat diungkapkan sepanjang aktiviti Hari Keluarga Pejabat Pendaftar yang diadakan pada 29 Oktober 2011 lalu. Bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru, seramai hampir 250orang staf bersama ahli keluarga masing-masng telah hadir bagi memeriahkan program Hari Keluarga berkenaan. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah yang pertama selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2008.


Pelbagai program telah diadakan sepanjang setengah hari program berkenaan berlangsung. Ada aktiviti di lapangan dan ada juga aktiviti dalaman [indoor]. Antara aktivit luar yang menggamit penyertaan staf dan ahli keluarga adalah senaman J-robik, bowling bola ragbi, bawa bola pingpong dalam sudu, tiup tepung, lari kepit belon, golf, jalan ketam, dan beberapa lagi acara sukaneka lain. Acara-acara ini melibatkan penyertaan semua staf dan akhli keluarga serta kanak-kanak.



Bagi acara dalaman pula [indoor], acara seperti mewarna, mumia, kupas buah epal turut diadakan setelah mentari mulai terik di atas kepala. Sambil itu juga, aktiviti tresure hunt juga turut mengambil tempat dalam memeriahkan program hari keluarga ini. Program yang bermula jam 7.45 pagi ini berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan semua peserta yang hadir menunjukkan rasa puas dan gembira dengan acara yang diadakan. Paling seronok bagi mereka yang pulang bersama hadiah dan hamper yang besar di tangan. Sebelum bersurai, sesi bergambar berkumpulan turut tidak dilupakan sebagai kenang-kenangan dan ingatan semua yang hadir.

Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan dan  terima kasih yang tidak terhingga kepada jawatankuasa yang bertungkus lumus merancang dan menjaya program aktiviti Hari Keluarga Pejabat Pendaftar anjuran BAKUPEN untuk 2011 ini. Moga tahun-tahun akan datang lebih meriah dan hebat lagi. 




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails