Monday, December 12

Pertandingan Bowling Ria Pejabat Pendaftar 2011

Jumaat lepas [malam] telah berlangsung Pertandingan Boling Ria Pejabat Pendaftar UTM bertempat di Dynamic Bowl, Danga City Mall. Pertandingan yang berlansung kira-kira jam 8.15 malam ini disertai oleh 27 orang pemain terdiri daripada 9 pasukan campuran yang mewakili setiap bahagian di Pejabat Pendaftar. 

Mengamalkan konsep santai, pertandingan ini turut disertai oleh staf bersama ahli keluarga dan saudara terdekat. Setiap pemain diberikan peluang bermain sebanyak 3 pusingan dengan pemenang akan dinilai berdasarkan jatuhan pin tertinggi. Kategori yang dipertandingkan adalah kumpulan, individu lelaki dan individu wanita.




Selepas 2 jam berhempas pulas membaling bola dengan satu harapan - mendapat STRIKE, akhirnya pemenang-pemenagnya dikenal pasti. Senarai pemenang dengan jatuhan pin tertinggi adalah seperti berikut:

KATEGORI KUMPULAN
Juara: 
Pemain: Hamshariman, Amirul, Khairul
Jumlah jatuhan Pin: 1178

Tempat ke-2:

Pemain: Ariffin, Saninah, Aishah
Jumlah jatuhan Pin: 1106

Tempat Ke-3

Pemain: Zanariah, Izham, Arief
Jumlah jatuhan Pin: 1066



KATEGORI INDIVIDU
Juara: 
Lelaki: Ariffin  [jatuhan Pin: 485]
Wanita: Fatahiyah    [jatuhan Pin: 418]

Tempat ke-2: 
Lelaki: Zaim    [jatuhan Pin: 438]
Wanita: Zanariah    [jatuhan Pin: 360]

Tempat ke-3: 
Lelaki: Faizun   [jatuhan Pin: 419]
Wanita: Sanisah    [jatuhan Pin: 314]



Gambar aktiviti boleh dilihat di web Facebook Aktiviti Staf Pejabat Pendaftar UTM [klik sini]


Kepada para pemenang, tahniah dan syabas diucapkan. Dilupa tidak, kepada semua yang menyokong penganjuran pertandingan ini secara langsung atau tidak, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua. sokongan semua amatlah dihargai. 

Moga kita dapat bertemu lagi di lain masa dan ketika. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails