Thursday, November 15

Berbengkel Persekitaran Kerja Berkualiti di PD!

Lanjutan daripada pra-bengkel persekitatarn kerja berkualiti (5S) yang berlangsung kelmarin, bengkel sebenar akhirnya berlangsung di Lexis Port Dickson. Bermula pada 31 Oktober dan berakhir 2 November 2012, bengkel persekitaran kerja berkualiti ini diadakan bagi mewujudkan garis panduan khusus sebagai syarat dan dalam usaha Pejabat Pendaftar, UTM JB mendapatkan Pensijilan Persekitaran Kerja Berkualiti (5S).

Bengkel 3 hari ini dihadiri oleh wakil-wakil bahagian yang memerah keringat dan idea bagi mewujudkan kaedah terbaik dan persetujuan bersama untuk pensijilan 5S. Rata-rata berpuas hati dengan perjalanan bengkel termasuk juga lokasi hotel yang berada di bumi Port Dickson. Insya-Allah diharapkan dengan adanya bengkel ini dapatlah mewujudkan dokumentasi amalan persekitaran berkualti

Tuesday, October 30

Pejabat Pendaftar Bersedia Untuk Pensijilan Persekitaran Berkualiti 5S

5S adalah terma yang semakin popular masa ini di kebanyakan organisasi, ini tidak terkecuali di Pejabat Pendaftar UTM JB sendiri. Pada masa ini Pejabat Pendaftar sedang ke arah mendapatkan pensijilan 5S daripada pihak MPC. Untuk ke arah pensijilan tersebut, baru-baru ini telah diadakan beberapa siri pra-bangkel dan sesi ceramah berkaitan pengauditan dan amalan persekitaran berkualiti 5S di Pejabat Pendaftar.


Bergambar bersama En Rashid Kancil [wakil MPC] selepas sesi ceramah Persekitaran Berkualiti 5S kepada wakil peneraju 5S bahagian di Pejabat Pendaftar.

Friday, August 24

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Pejabat Pendaftar UTM JB



Bersempena Bulan Ramadhan al-mubarak, Pejabat Pendaftar melalui Persatuan Kebajikan Staf Pejabat Pendaftar (BAKUPEN), telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Pejabat Pendaftar pada 13 Ogos 2012 yang lalu. Program yang diadakan sebagai kesinambungan Program berbuka puasa pada tahun lalu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kemesraan diantara staf Pejabat Pendaftar. Turut hadir pada program berbuka puasa yang diadakan di Dewan Banquet, UTM Johor Bahru adalah ahli keluarga staf Pejabat Pendaftar sendiri yang dianggarkan seramai 70 orang.


Thursday, July 19

Program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar [Julai/3 - 2012]

Alhamdulillah setelah beberapa kali membuat percubaan merakam program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar, cubaan kali ini berjaya merakam dengan sempurna. Program yang diadakan secara mingguan di kalangan staf Pejabat Pendaftar ini dibuat setiap minggu pada hari Khamis jam 8-9 pagi. Program dimulakan dengan mentaranum [mengaji] surah tertentu, kemudian diikuti dengan penjelasan tajwid dan seterusnya tafsiran ayat bagi surah berkenaan. Dan jika ada keizinan, sesi soal jawab juga turut diselitkan dalam sesi selama sejam berkenaan.

Pada minggu ini surah yang dibaca dan ditafsirkan adalah Surah Al-A'raf daripada ayat 88-93. Dengar dan hayati tafsiran ayat tersebut, moga bermanfaat. [sesi taranum dan penerangan tajwid tidak dimasukkan. Untuk mempelajarinya, sila hadir ke program ini].

Monday, July 16

Semakan Keputusan Kemasukan ke UTM sesi 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan bagi calon lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf boleh disemak melalui laman webU TM  www.jpt.utm.my. sebagai makluman semua calon yang berjaya adalah dimohon untuk memberi jawapan penerimaan tawaran sebelum 22 Julai 2012 (Ahad), manakala bagi calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara atas talian melalui web www.upu.mohe.gov.my mulai 13 Julai 2012 sehingga 22 Julai 2012.



Pendaftaran pelajar baharu UTM bagi kampus UTM Johor Bahru dan Kampus UTM Kuala Lumpur adalah pada 2 September 2012 (Ahad). Pihak Universiti amat mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu bagi sesi akademik 2012/2013. Tahniah kepada yang berjaya. Jumpa anda di UTM!

Semoga terus cemerlang.

Thursday, June 14

Keputusan Penuh Kutipan Pingat Pejabat Pendaftar UTM Staff Games 2012

UTM Staff Games telah melabuhkan tirai akhirnya. Acara yang berlangsung bermula 14 Mei 2012 lalu telah tamat pada 11 Jun 2012 [semalam] dengan acara Pentaque menjadi acara penutup bagi UTM Staff Games kali ini. Ramai staf telah terlibat sepanjang USG ini dan terus memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan Pejabat Pendaftar terus kekal mengungguli senarai kutipan pingat tertinggi keseluruhan. Tahniah dan syabas diucapkan.

Jika dibandingkan dengan kutipan pingat pada tahun lalu, kutipan pingat pada tahun ini agak merudum dengan keseluruhan hanya 7 pingat sahaja berjaya dikutip berbanding 13 pingat  pada tahun lalu. Walaupun beberapa acara telah digugurkan, Team Pendaftar masih berjaya mengekalkan kejuaraan bagi Bola Sepak (S) dan Bola Tampar (L). Berikut kutipan pingat keseluruhan Team Pendaftar untuk USG 2012:

Monday, May 21

Keputusan UTM Staff Games 2012 [minggu 1]

Minggu lepas telah bermulanya UTM Staff Games 2012 di UTM Johor Bahru. Edisi ke-2 [selepas namanya ditukar] ini telah berlangsung bermula 14 Mei yang lalu dengan melibatkan 22 kategori acara, lelaki dan wanita dan tamat pada 7 Jun 2012 . UTM Staf Games adalah satu-satunya acara yang menjadi medan yang merapatkan hubungan antara staf UTM melalui sukan disamping memilih wakil-wakil ke kejohanan sukan antara staf IPT se-Malaysia.

Minggu lalu telah berlangsung beberapa acara antaranya badminton [L&W], bola sepak [senior], boling padang, karom, dart, bola jaring, ping pong [L&W], futsal [L] dan tenis. sebahagian berlangsung secara harian dan juga ada yang berlangsung secara karnival pada Sabtu dan Ahad. Berikut keputusan penuh pencapaian Pejabat Pendaftar:

Thursday, May 10

Pertandingan Mencipta Logo BAKUPEN 2012


Badan Kebajian Staf Pejabat Pendaftar [BAKUPEN] sedang mengadakan pertandingan mencipta logo BAKUPEN. Ini bagi menghangatkan semula program dan aktiviti BAKUPEN kepada semua staf di Pejabat Pendaftar.

Disimpan jangan bakat terpendam anda itu, serlahkan potensi anda dengan menghantar LOGO terbaik yang akan dipilih sebagai logo rasmi BAKUPEN kelak.

Kepada yang berminat tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 25 Mei 2012. Hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:


Wednesday, May 9

Majlis Konvokesyen UTM ke-48 2012

Semalam, telah berakhirnya Majlis Konvokesyen UTM Ke-48. Majlis konvokesyen yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan 3 sesi penganugerahan sijil kepada para graduan yang tamat pengajian sama ada di peringkat Diploma, Sarjana Muda, dan juga Pasca Ijazah. 

Pada Majlis Konvokesyen kali ini seramai 2 orang penerima Anugerah Ijazah Kehormat telah dipilih dan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Canselor. Anugerah Ijazah Kehormat ini diberikan kepada Prof. Dr. Anthony J. Sinskey [bioteknologi] dan Prof. Dr. Ismawi Hj. Zen [Emeritus]. 

Pasa majlis kali ini seramai 2,096 graduan telah dianugerahkan yang secara automatik menjadi alumni UTM. Daripada jumlah tersebut, 98 orang menerima Doktor Falsafah, 783 orang menerima ijazah Sarjana, 1,162 menerima ijazah Sarjana Muda, dan 53 orang penerima Diploma.

Sunday, May 6

Pertandingan Dart Tertutup Pejabat Pendaftar

Tahniah kepada AJK Sukan Kelab Bakupen yang baru kerana telah berjaya menganjurkan Pertandingan Dart [tertutup] Pejabat Pendaftar baru-baru ini. Pertandingan telah diadakan secara santai pada 19 dan 20 April 2012 bertempat di Bilik Anjung Wawasan. Walaupun sasaran penyertaan tidak ramai namum, suasana pertandingan semasa acara berlangsung amat meriah. 

Bagi kategori lelaki, acara diadakan pada 19 April dengan penyertaan seramai 7 orang daripada wakil-wakil bahagian di Pejabat Pendaftar termasuk penyertaan daripada Timbalan Pendaftar Kanan, HCM Tn. Hj. Hassan. Bagi kategori lelaki,  para pemenang adalah: 
1. En Nizam [B.Kes]
2. En. Zulkiflee [HCM]
3. En. Shahrizan [BPPO]



Seramai 8 orang telah menyertai pertandingan ini untuk kategori wanita. Para pemenang untuk kategori wanita yang berlangsung pada 20 April 2012 adalah:
1. Pn. Wahidah [BPA]
2. Cik Fatin [B.Kes]
3. Pn. Sanisah [BPA]



Tahniah kepada pemenang dan semua yang menjayakan. Jumpa lagi untuk program selanjutnya. :)
.

Tuesday, March 13

Iklan kekosongan Jawatan di UTM [Mac 2012]

Kepada mereka yang berminat menjadi rakan kerja di Universiti Teknologi Malaysia anda adalah dijemput memohon berdasarkan kekosongan jawatan yang ditawarkan. Inilah peluang keemasan untuk anda!

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha bergerak sebagai sebuah Universiti Penyelidikan bertaraf antarabangsa. Selaras dengan hasrat ini orang ramai yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan berikut:-
1. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)
2. PEMBANTU PENERBITAN (NA17)
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (WA17)
4. PEGAWAI PENYELIDIK (QA41)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails