5S adalah terma yang semakin popular masa ini di kebanyakan organisasi, ini tidak terkecuali di Pejabat Pendaftar UTM JB sendiri. Pada masa ini Pejabat Pendaftar sedang ke arah mendapatkan pensijilan 5S daripada pihak MPC. Untuk ke arah pensijilan tersebut, baru-baru ini telah diadakan beberapa siri pra-bangkel dan sesi ceramah berkaitan pengauditan dan amalan persekitaran berkualiti 5S di Pejabat Pendaftar.
 |
Bergambar bersama En Rashid Kancil [wakil MPC] selepas sesi ceramah Persekitaran Berkualiti 5S kepada wakil peneraju 5S bahagian di Pejabat Pendaftar. |
 |
Peserta pra-bengkel sesi 1 |
Pada 23 Oktober 2012, sesi
pra-bengkel pertama telah diadakan dengan memfokuskan kepada pewujudan
terma rujukan dan perancangan program bagi tahun 2013 oleh setiap
jawatankuasa 5S. Program berjalan hampir sehari di Dewan Banquet dengan
setiap jawatankuasa berjaya mewujudkan keperluan 5S di Pejabat pendaftar
dan perancangan tahun 2013 untuk dilaksanakan oleh semua bahagian di
bawah jawatankuasa Induk 5S Pejabat Pendaftar.
 |
En Rashid [wakil MPC] menyampaikan ceramah 5S |
Seterusnya
pada 24 Oktober pula, sesi ceramah oleh En Rashid Kancil , wakil
daripada MPC telah diadakan di Dewan Seminar Bangunan CICT. Ceramah
banyak menyentuh berkaitan keperluan utama amalan persekitaran
berkualiti 5S di semua organisasi dan kriteria penting yang perlu
dititikberatkan dalam pengauditan 5S. Sesi ceramah sedikit sebanyak
membantu dalam memberi penerangan dan penjelasan berkaitan perkara yang
perlu difokuskan ke arah pensijilan 5S ini terutama kepada ahli
jawatankuasa penggerak 5S disetiap bahagian Pejabat Pendaftar.
Gerak kerja sekali dilaksanakan
melalui pra-bengkelsesi kedua pada 29 Oktober 2012 dengan memfokuskan
kepada pembangunan kriteria pengauditan amalan 5S dan garis panduan
persekitaran berkualiti bagi keperluan Pejabat Pendaftar UTM. Garis
panduan ini penting sebagai landasan utama ke arah penyeragaman dan
rujukan pelaksanaan persekitaran berkualiti di Pejabat Pendaftar.
Pra-bengkel sehari tersebut berjalan lancar dan hampir keseluruhannya
lengkap.
Sesi
bengkel utama seterusnya akan diadakan pada 31 Oktober hingga 2
November 2012 di Grand Lexis Port Dickson dengan bengkel memfokuskan
kepada pemurnian standard atau garas panduan yang diwujudkan semasa sei
pra-bengkel sebelum ini. Kesemua kriteria dan makluman bagi persediaan
audit termasuk perancangan pada 2013 akan dibengkelkan di Grand Lexis
kekal. Diharapkan dengan pelaksanaan yang konsisten dan bersungguh ini
akan membawa kejayaan kepada Pejabat Pendaftar Ke arah mendapatkan
Pensijilan Amalan Berkualiti 5S pada tahun hadapan, insya-Allah.
--
Gambar-gambar lain:
 |
Urusetia |
 |
En Rashid menjawap soalan peserta |
 |
Cenderahati disampaikan kepada En Rashid Kancil |
No comments:
Post a Comment