Bersempena Bulan Ramadhan al-mubarak, Pejabat Pendaftar
melalui Persatuan Kebajikan Staf Pejabat Pendaftar (BAKUPEN), telah mengadakan Majlis
Berbuka Puasa Pejabat Pendaftar pada 13 Ogos 2012 yang lalu. Program yang
diadakan sebagai kesinambungan Program berbuka puasa pada tahun lalu bertujuan
untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kemesraan diantara staf Pejabat
Pendaftar. Turut hadir pada program berbuka puasa yang diadakan di Dewan Banquet,
UTM Johor Bahru adalah ahli keluarga staf Pejabat Pendaftar sendiri yang
dianggarkan seramai 70 orang.
Program dimulakan dengan sesi tazkirah oleh Ustaz Ellyeen Amineen
daripada Pusat Islam UTM selama hampir setengah jam sebelum waktu berbuka. Para
tetamu kemudiannya dihidangkan dengan sedikit jamuan sebelum sesi penyerahan
duit raya yang disempurnakan oleh En Ismaal, Timbalan Pendaftar Kanan. Duit
raya adalah sumbangan daripada BAKUPEN kepada anak-anak staf yang hadir. Majlis
bersurai kira-kira setengah jam kemudian untuk urusan solat Maghrib di Masjid Sultan
Ismail.
Rata-rata tetamu yang hadir sangat berpuas hati dan gembira
kerana dapat berbuka puasa secara beramai-ramai disamping menu masakan yang
menyelerakan. Diharapkan program seumpamanya akan terus diadakan pada tahun
hadapan bertujuan menambah kemesraan dan keakraban dikalangan staf dan keluarga
staf di Pejabat Pendaftar sendiri. Ini secara tidak langsung menambah
keharmonian di dalam “keluarga Pejabat Pendaftar”.
Gambar lagi:
No comments:
Post a Comment