Monday, December 12

Pertandingan Bowling Ria Pejabat Pendaftar 2011

Jumaat lepas [malam] telah berlangsung Pertandingan Boling Ria Pejabat Pendaftar UTM bertempat di Dynamic Bowl, Danga City Mall. Pertandingan yang berlansung kira-kira jam 8.15 malam ini disertai oleh 27 orang pemain terdiri daripada 9 pasukan campuran yang mewakili setiap bahagian di Pejabat Pendaftar. 

Mengamalkan konsep santai, pertandingan ini turut disertai oleh staf bersama ahli keluarga dan saudara terdekat. Setiap pemain diberikan peluang bermain sebanyak 3 pusingan dengan pemenang akan dinilai berdasarkan jatuhan pin tertinggi. Kategori yang dipertandingkan adalah kumpulan, individu lelaki dan individu wanita.


Thursday, December 8

Ukhwah Dierat di Hari Keluarga Pejabat Pendaftar 2011

Ceria, gembira, seronok dan harmoni. Itu antara kata-kata yang dapat diungkapkan sepanjang aktiviti Hari Keluarga Pejabat Pendaftar yang diadakan pada 29 Oktober 2011 lalu. Bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru, seramai hampir 250orang staf bersama ahli keluarga masing-masng telah hadir bagi memeriahkan program Hari Keluarga berkenaan. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah yang pertama selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2008.


Pelbagai program telah diadakan sepanjang setengah hari program berkenaan berlangsung. Ada aktiviti di lapangan dan ada juga aktiviti dalaman [indoor]. Antara aktivit luar yang menggamit penyertaan staf dan ahli keluarga adalah senaman J-robik, bowling bola ragbi, bawa bola pingpong dalam sudu, tiup tepung, lari kepit belon, golf, jalan ketam, dan beberapa lagi acara sukaneka lain. Acara-acara ini melibatkan penyertaan semua staf dan akhli keluarga serta kanak-kanak.


Thursday, October 20

Mari Komen Laman Web Pejabat Pendaftar

Pernah tak melawat laman web Pejabat Pendaftar UTM? Mana yang pernah pasti tak susah nak mencari rujukan-rujukan penting macam pekeliling Universiti, buku-buku panduan dan lain-lain. Mana yang belum, mari melawat sekarang! http://www.utm.my/registrar.

AJK web pada masa ni sedang membuat penilaian melalui soal selidik bagi menambah baik kualiti dan paparan di laman web Pejabat Pendaftar ini. Pada kami AJK urusetia, mungkin laman web ini dah best. Tapi tidak pada pengunjung. Jadi pendapat dan komen anda amat mereka dambakan. Jom jawab soal selidik di bawah ini. [10 minit diperlukan untuk masa anda - itu amat kami hargai] Terima kasih.




Tahniah untuk masa anda.:)

Friday, October 7

Kemangkatan Bonda DYMM Sultanah Johor


Seluruh Warga Universiti Teknologi Malaysia Mengucapkan Takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah dan kerabat Diraja Johor dan Perak atas kemangkatan bonda Almarhumah Raja Perempuan Mazwin binti Almarhum Raja Dato' Sri Raja Ariff Shah 
pada 6 Oktober 2011 (Khamis).
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Al-fatihah.




Friday, September 23

Majlis Penghargaan Sukan & Sambutan Hari Raya Pendaftar 2011

Pejabat Pendaftar melalui BAKUPEN sekali lagi meraikan para stafnya dengan mengadakan 2 majlis serentak iaitu Majlis Penghargaan Sukan dan Sambutan Hari Raya Pejabat Pendaftar 2011 pada hari semalam 22 September 2011. Majlis Penghargaan Sukan diadakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan staf-staf Pejabat Pendaftar (Pendf) yang telah menyumbangkan kudrat, tenaga dan semangat untuk mewakili Pejabat Pendaftar pada Kejohanan sukan antara jabatan (UTM Staff Games 2011) pada awal tahun ini. Disamping itu juga, majlis dirangkumkan bersama Sambutan Hari Raya peringkat Pejabat Pendaftar bersempena bulan Syawal yang masih dirasai.



Friday, September 9

Perjumpaan Bulanan Bersama Naib Canselor September 2011

Berikut adalah rakaman bagi perjumpaan bulanan Dato' Naib Canselor bersama staf UTM bagi bulan September 2011. 


Monday, September 5

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi 1-2011/2012 ke UTM

 Bermula 3 September 2011, Universiti Teknologi Malaysia telah menerima kemasukan studen-studen baru di Kampus UTM Johor Bahru dah International Campus. Dianggarkan seramai 3000 orang studen baru meliputi studen Ijazah Sarjana Muda mendaftar di Kampus UTM Johor Bahru. Pendaftaran pada kali ini dibuat berlainan daripada tahun-tahun sebelum ini dengan dua sesi diadakan untuk semua proses pendaftaran iaitu sesi pagi dan juga sesi petang. Bagi Pelajar Sarjana Muda, proses pendaftaran diadakan pada 3 dan 4 September sahaja.

Saturday, August 27

Salam Aidilfitri 1432H/2011


Daripada seluruh warga Pejabat Pendaftar, sepuluh jari disusun memohon keampunan di atas segala kesilapan dan kesalahan yang terbit dalam segala urusan yang dilakukan selama ini. Ampun dan maaf dipinta dan selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan moga lebaran yang tiba ini memberikan 1001 erti yang bernilai dan bermakna pada diri kita semua.

Wednesday, August 24

Majlis Berbuka Puasa Pejabat Pendaftar 2011

Pada 16 Ogos 2011 lalu, telah diadakan Majlis berbuka puasa Pejabat Pendaftar yang turut dihadiri ahli keluarga staf Pejabat Pendaftar. Majlis ringkas yang turut dihadiri Tuan Pendaftar sendiri ini telah diadakan di Dewan Banquet (Dewan Jamuan) di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (CSI). Hampir 100 orang hadir ke majlis ini yang diadakan khusus untuk mengeratkan hubungan sesama staf dan ahli keluarga di Pejabat Pendaftar. 

Moga aktiviti ini kekal diadakan bagi megeratkan ukhwah dikalangan staf dan ahli keluarga. Kepada penganjur, Bakupen, teruskan usaha anda mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ini. Tahniah! :)






Thursday, August 11

Collaboration UTM - Imperial College, London


KUALA LUMPUR, August 10 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Imperial College London are currently engaged in research collaboration to produce low-carbon vehicles.  The technology developed will reduce carbon dioxide emissions released by vehicles. The study was carried out on downsized conventional engines without reducing the power. Moreover, the engine can also be used for hybrid vehicles. The project which began in 2010 involves collaboration with Professor Dr. Martines Ricardo Botas, a member of the Proton Technology Advisory Council (PTAC).

Tuesday, August 9

Iklan Jawatan Kenaikan Pangkat UTM [Ogos 2011]

Kepada mereka yang sedang berkhidmat di sektor awam dan ingin memohon bagi kenaikan pangkat, inilah peluang keemasan untuk anda!

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan wawasan universiti sebagai Universiti Penyelidikan bertaraf antarabangsa.  Selaras dengan hasrat ini staf yang sedang berkhidmat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan berikut:-
1. Pegawai Teknologi Maklumat (F48)
2. Pegawai Teknologi Maklumat (F52)
3. Pegawai Teknologi Maklumat (F54)
4. Pegawai Kewangan (W44)
5. Pegawai Kewangan (W48)
6. Pegawai Kewangan (W52)
7. Jurutera Kimia (J44)


Tuesday, August 2

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Bulan Ramadhan yang mulia menjelma kini
Kepada Yang Esa mengabdikan diri
Salah dan silap haraplah diampuni
Moga segala amal ibadah mendapat perkenan Illahi


Salam Ramadhan kepada semua warga Pejabat Pendaftar dan juga seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia di Kampus Johor Bahru dan juga di International Campus, Kuala Lumpur. Harapnya Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya. amiin..:)


Thursday, July 28

Kempen Pejabat Hijau

UTM pada masa ini sedang melancarkan Kempen Pejabat Hijau (Green Office Campaign) di kampus UTM Johor Bahru dan juga di UTM International Campus, Kuala Lumpur.  Jika Kempen Bumi Hijau selalu didengari, Kempen Pejabat Hijau mungkin sesuatu yang baru. Kempen ini bukanlah bermakna semua  pejabat akan berwarna hijau, tapi secara konsepnya, segala sumber yang digunakan di pejabat adalah lebih mesra kepada alam sekitar. Bertunjangkan konsep kampus lestari, UTM sekali lagi mengorak langkah dengan mempromosikan pengurusan sumber pejabat dengan lebih cekap dan efisyen.


Wednesday, July 27

Pertandingan Bola Sepak Sempena Pelancaran Stadium Baru UTM

Bertempat di Stadium UTM [baru] telah diadakan satu kejohanan bola sepak (9 sebelah) antara jabatan dan bahagian di UTM yang berlangsung pada 22 Julai sehingga 25 Julai 2011. Kejohanan yang diadakan sebagai  'pemanas badan' kepada pelancaran Stadium UTM yang baru yang telah pun dilancarakan pada 25 Julai 2011. Perlawanan telah diadakan pada setiap malam bermula 22 Julai berkenaan.


Lawatan Delegasi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Brunei ke UTM

Baru-baru ini, Pejabat Pendaftar telah menerima kunjungan 2 orang wakil daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Brunei bagi lawatan kerja selama 4 hari di Pejabat Pendaftar. Lawatan kerja ini adalah jemputan daripada KUPUSB sendiri yang mahu melihat sistem pentadbiran di UTM terutama sekali di bahagian Pejabat Pendaftar. Lawatan kerja ini berlangsung dari 18 hingga 21 Julai 2011 melibatkan lawata di beberapa bahagian seperti Bahagian Pengurusan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Organisasi,  dan juga Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa. 


Tuesday, July 19

Gotong-Royong Bina Wakaf Sekitar UTM 2011


Wakaf atau bahasa modennya - gazebo, banyak kelihatan di taman-taman dan kawasan perumahan pada hari ini. Wakaf didirikan sebagai selain keperluan lanskap juga memberi kemudahan sebagai tempat berehat dan berteduh. Di UTM sendiri, bersepah wakaf didirikan di sekitar Kampus UTM Johor Bahru (UTM JB). Ada yang satu tiang, empat tiang, tapi tiada lagi setakat ni yang tak bertiang. Baru-baru ini, telah diadakan satu aktiviti gotong royong mendirikan wakaf di empat lokasi baru di UTM JB. Berlangsung pada Ahad lalu (17 Julai 2011), aktiviti ini adalah kerjasama antara Pejabat Harta Bina (PHB), Fakulti Alam Bina (FAB), Pejabat Pendaftar, Pejabat HEMA, dan juga mahasiswa UTM JB.

Astro Awani:In Person bersama Dato Zaini Ujang

Sekadar berkongsi saat Dato' Zaini Ujang ditemubual dalam satu rancangan "In Person" terbitan Astro Awani yang diterbitkan pada 2010.

Selamat menonton. :)


Thursday, July 14

Anggota KOR SUKSIS Tamat Latihan di UTM 2011

Seramai 1,024 anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (KOR SUKSIS) dari 19 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara menerima sijil tamat latihan dari Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.

Tan Sri Ismail Omar memeriksa perbarisan anggota KOS SUKSIS di padang kawad UTM.

Tuesday, July 5

UTM Citra Karisma 2011

Legasi baru dalam menghargai pencapaian dan kecemerlangan staf di Universiti Teknologi Malaysia

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2011 bagi tahun pencapaian 2011. Majlis yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar ini di serikan dengan kehadiran Pro Canselor UTM yang baru iaitu Y. Bhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Haji Mohd Nor.

Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:

Thursday, June 30

Kejohanan Golf IPTA Malaysia ke-39 Tahun 2011 di UTM Johor Bahru

UTM Johor Bahru sungguh bertuah pada kali ini kerana diberi peluang untuk menganjurkan Kejohanan Golf IPTA Malaysia untuk siri ke-39 bermula 2 hingga 3 Julai 2011 bertempat di Palm Resort Golf & Country Club dan IOI Palm Villa Golf & Country Resort. Kejohanan yang disertai oleh staf-staf daripada semua Institut Pengajian Tinggi (KPT) di Malaysia ini, adalah merupakan kejohanan terbesar yang menemukan semua pemain-pemain Golf dikalangan kakitangan IPT Awam  seluruh Malaysia.

foto:www.sports.utm.my

Wednesday, June 29

Kursus Motivasi Pejabat Pendaftar di Excel Training Resort, Lenggeng 24-26 Jun 2011

HEBAT! itulah kata-kata yang mungkin dapat diluahkan dan digambarkan setelah selesai berkursus selama 3 hari di Kem Excel Training Resort, Lenggeng N. Sembilan. Seramai hampir 200 orang staf Pejabat Pendaftar UTM telah selamat berkursus dengan jayanya selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Jun 2011. Kem yang dianjurkan oleh pihak Bah. Pembangunan Modal Insan ini telah dihadiri oleh kebanyakan pegawai dan Pendaftar sendiri bersama staf-staf daripada semua bahagian di bawah Pejabat Pendaftar. Selami sorotan perjalanan kursus kami sepanjang 3 hari ini.

Semua peserta bergambar bersama Dato. Fadzilah Kamsah

Thursday, June 23

Kursus Motivasi Pejabat Pendaftar UTM 2011 di Lenggeng, Negeri Sembilan

24 Jun dipilih sebagai tarikh keramat bagi mengadakan kursus motivasi kepada sebahagian besar staf di Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru. Ini adalah kursus yang julung-julung kalinya diadakan dengan melibatkan sebahagian besar staf. Tidak seperti kursus motivasi sebelum ini yang diadakan di Kampung Peta, Endau yang hanya melibatkan para pegawai, kursus kali ini lebih besar dan melibatkan semua peringkat staf. Itu pasti hebat!
Excel Training Resort

Friday, June 17

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kepada Pendaftar

Blog Registrar UTM.my dengan ini berbesar hati mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Pendaftar UTM Tn. Hj Wan Mohd Zawawi bin Wan Abdul Rahman, untuk yang ke- ____ [dirahsiakan]

Moga diberkati umur, dimurahkan rezeki, dan beroleh keberkatan hidup dunia dan akhirat. Tulus ikhlas daripada pegurusan Blog Registrar UTM.my dan seluruh warga Pendaftar.



Saturday, June 11

Majlis Penghargaan Pejabat Pendaftar 2011




Berlangsung terus dari M-Suites Hotel, Johor Bahru, telah diadakan Majlis Penghargaan Staf Pejabat Pendaftar 2010 pada malam 10 Jun 2011 (kelmarin). Majlis yang julung-julung kali diadakan semula ini telah terhenti hampir 2 tahun sehingga dilangsungkan semula tahun ini dan pada kali ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi (BPPO).

Sedikit pengenalan tentang Majlis Penghargaan Pejabat Pendaftar ini, yang mana merupakan satu pengiktirafan Pejabat Pendaftar kepada staf yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam tugas atau bidang masing-masing justeru menyumbang kepada kecemerlangan Pejabat Pendaftar khususnya dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) amnya.

Tuesday, May 24

Going the distance on cooking oil [NST 24Mei 2011]



JOHOR BARU: Have cooking oil will travel.

At least, that is what 65 students from Universiti Teknologi Malaysia and Indonesia's Universitas Tanjungpura are trying to prove on a 6,500km journey from Singapore to Laos which began on Sunday.

Yesterday, a convoy of two buses and two pick-up trucks -- fuelled with biodiesel mainly produced from used cooking oil -- was flagged off from UTM after departing from Changi Airport, Singapore.

Vice-Chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang flagging off the convoy at Universiti Teknologi Malaysia in Skudai yesterday.

Sunday, May 22

Peluang Kerjaya di UTM International Campus, KL (Mei 2011)

KEKOSONGAN JAWATAN STAF KUMPULAN SOKONGAN DI UTM INTERNATIONAL CAMPUS KUALA LUMPUR (Mei 2011)

Dihebahkan kepada individu di luar sana yang sedang mencari pekerjaan yang sesuai dengan keinginan dan minat masing-masing. 2 Jawatan kini di buka di UTM International Campus, Kuala Lumpur. Makanya, individu yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.

Tarikh Tutup Iklan:
5 JUN 2011

Jawatan Ditawarkan:
1. Penolong Pegawai Belia & Sukan (SA27)
2. Pembantu Tadbir Kewangan (WA17)



Untuk makluman lanjut, sila layari laman web Pejabat Pendaftar, UTM.


Semoga berjaya! :)

Wednesday, May 18

UTM Implements Excellence Track Programme 2011

Starting from September this year, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) will implement the five Excellence Track Programme (ETP) to enhance the professional skills and soft skills among students. Vice-Chancellor Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang said, the core areas are the Nobel track which focus on academic excellence, entrepreneurship, sports, leadership and Tahfiz which aimed to improve the quality and  employability of graduates.

Nobel Prize Medal

Wednesday, May 11

Keputusan Penuh Kutipan Pingat (tidak rasmi) Oleh Team Pendaftar USG2011

Daripada bulan Mac hingga lah ke bulan Mei ni, cerita sukan antara jabatan (a.k.a UTM Staff Games) memang tak lekang dari bualan semua di UTM. masing-msing nak menunjukkan taring dan kehebatan masing-masing. Walaupun masing-masing nak tunjuk taring pun, harapnya tujuan asal penganjuran USG 2011 ini mencapai matlamat sebenarnya. Selain mencari wakil-wakil pemain universiti (dikalangan staf) untuk sukan antara staf dengan Universiti lain di Malaysia, USG2011 ini juga antara lain mengeratkan hubungan antara staf walaupun berlainan jabatan.



bersatu teguh, bercerai roboh!

Wednesday, May 4

Bola Sepak Sumbang Emas ke-6 Pendaftar USG 2011

Hebat! Itulah kata-kata yang sesuai digambarkan dengan perlawanan akhir antara Team Pendaftar dan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) yang berlangsung semalam. Berlangsung di Padang Tapak (belakang Sekolah Agama), perlawanan yang berlangsung semalam sungguh menarik seakan perlawanan akhir Piala Malaysia. Mana tidaknya, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan yang sering kali mencuri tumpuan para penonton yang hadir. Perlawanan menarik semalam berkesudahan Pendaftar mengatasi HEMA dengan 4-0.

Team Pendaftar bersama Pendaftar UTM dan beberapa pegawai lain meraikan kemenangan 4-0 ke atas HEMA

Tuesday, May 3

Program 'SENYUM' Peringkat UTM

"Senyum pun susah ke?. Bukan kena bayar pun".

Itulah kata-kata yang mungkin terpacul di bibir kita kalau kita bertemu atau berurusan dengan orang yang buat muka masam, muka 'seposen' dan juga muka takde perasaan. Kenapalah susah sangat nak senyum, kan? Kalau bagi jawapan, " Cikgu dulu tak ajar la", memang bakal kena luku la insan yang menjawab begitu.

Di UTM, alhamdulillah, senyum juga dijadikan kemestian dan pada perhimpunan bulanan bersama Dato' NC (pada 3 Mei 2011-hari ini), telah diedarkan batches dengan tertera simbol senyum. Sungguh menarik perhatian. Harapnya semakin ramai yang akan menjalani kehidupan ini dengan penuh erti - dengan hanya tersenyum. :)

Gantung saja gambar ini di dinding office anda, pasti ramai yang bukan sahaja tersenyum, malah tergelak gembira :))

sincere smile face

HIDUP INI INDAH, 
TERUSKAN MENGUNTUM SENYUM

Sunday, May 1

Bola Sepak Team Pendaftar Ke AKHIR USG 2011!

Semalam telah berlangsung perlawanan separuh akhir bola sepak antara Team Pendaftar dan Pejabat Harta Bina (PHB) yang berlangsung di Kolej Datin Seri Endon (KDSE) a.k.a Kolej 13. Perlawanan berlangsung dalam suasana penuh dramatik dalam keadaan langit berwajah mendung menghangatkan lagi perlawanan separuh akhir kelmarin.

Perlawanan separuh akhir antara Team Pendaftar bertemu Pejabat Harta Bina, berkesudahan 1-0.

Wednesday, April 20

Bola Tampar (Lelaki) Sumbang Emas Ke-4 Pejabat Pendaftar

Semalam (Isnin) adalah satu hari bersejarah buat warga Pejabat Pendaftar pada sukan USG2011 tahun ini. Kutipan pingat bertambah lagi kali ini hasil sumbangan pasukan bola tampar lelaki yang berlangsung pada malam 18 April lalu di Kompleks Sukan. Kejayaan ini adalah lanjutan daripada kejayaan kutipan pingat yang sama pada tahun lalu. Dilupa tidak, sekalung penghargaan kepada para pemain dan juga para penyokong yang turut sama hadir pada malam kejadian.SYABAS!!
                                                                                                                   ihsan: din

Saturday, April 16

UTM-Giant Mountain-Bike (MTB) Quest Sets New Tradition on Sustainable, Healthy Living

Johor Bahru, 10 April. The UTM-Deputy Vice Chancellor (Academic) Prof Ir Dr Azraai Kasim together with the Dean and Deputy Dean of UTM Faculty of Chemical Engineering, Prof Dr Zainuddin Abdul Manan and Associate Prof Dr Fadzilah Adibah flagged off up to 900 cyclists from all over Malaysia in the first UTM MTB-quest cycling event at 830 am this morning (see http://www.cheme.utm.my for photos of the event). The first ever MTB cycling event organised by a higher institution aims to promote UTM as a campus for eco-tourism and sustainable living as well as cycling as a healthy, fun and exciting sport for all ages.


Thursday, April 14

Program Diploma Separuh Masa Kepada Staf UTM (1-40) Di Bawah Tajaan UTM

Bertuah, sungguh bertuah.

UTM kini memberi peluang kepada stafnya  untuk menyambung pengajian separuh masa di peringkat Diploma khusus kepada staf daripada gred 1 hingga 40. Program Pengajian separuh masa peringkat diploma ini akan ditaja sepenuhnya oleh pihak UTM dan merupakan program kerjasama dengan pihak UTM-SPACE. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 April 2011.

Iklan pemakluman

Monday, April 11

Keputusan Petanque USG2011: Emas ke-3 Pendaftar

Kepada yang hadir petang Jumaat kelmarin (8April2011), pastinya dapat merasakan kehangatan pusingan separuh akhir dan akhir Karnival Petanque UTM Staff Games 2011 (USG 2011) langsung dari Pusat Ekuine UTM. Semua tidak menduga akan kemenagan pingat emas Pendaftar pada acara petanque pada tahun ini.


Team Petanque Pendaftar (2 orang peserta tiada dalam gambar)

Thursday, April 7

The First 4G Outlet Launched in UTM Johor Bahru

“YES Campus Store”, the first 4G outlet at an institution of higher learning in the country is launched at Universiti Teknologi Malaysia. The UTM Vice Chancellor, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang said, the initiative to open the said outlet enables the UTM community to get the 4G mobile internet services at an affordable rate.The package, Education Partner Program Campus Citizen Plan, facilitates the UTM community to use the 4G network which has been customised with a special package.


Tuesday, April 5

Keputusan Ping Pong USG2011

Telah berlangsung karnival pingpong sempena UTM Staff Games 2011 (USG 2011) pada 2-3 April kelmarin. Bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita telah dijalankan pada 2 April (Sabtu), manakala bagi kategori beregu, acara dijalankan pada hari berikutnya - Ahad.

Team Pendaftar turut menyertai kesemua kategori yang dipertandingkan namun nasib tidak memihak kepada Team Pendaftar bagi kesemua kategori. Bagi Perseorangan lelaki, kita hanya berjaya hingga ke pusingan kedua. Manakala bagi perseorangan wanita, wakil Team Pendaftar juga hanya berjaya ke peringkat ke-2  sahaja.

Aksi akhir perseorangan wanita

Sunday, March 27

Pelancaran Buku "Awet Muda: 7 Rahsia Kesihatan Holistik"

Kelmarin (26 Mac 2011), bersempena Majlis Konvokesyen UTM kali Ke-46, satu majlis ringkas pelancaran Buku Awet Muda oleh Dr. Zainah Mokhtar telah diadakan di ruang legar Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Majlis pelancaran ini telahdisempurnakan oleh Canselor UTM, Duli yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiahbinti Almarhum Sultan Idris. Bersesuaian dengan konsep gaya hidup yang dipraktikkan di peringkat univesiti, pelancaran ini adalah secara tidak langsung memberi inspirasi kepada seluruh warga UTM umunya, dan masyarakat seluruhnya.



Saturday, March 26

UTM: Majlis Konvokesyen Kali Ke-46 2011 - Secara Langsung!!

Tak tahu apa nak buat hari ini? Mari sama-sama kita tonton Majlis Konvokesyen UTM Kali Ke-46 secara langsung di sini.

46th UTM Convocation Ceremony



This Live Video Streaming is only available on the date and time stated above.
Click on image to play video.

Tuesday, March 22

Pesta Konvo kepada Festival Inovasi & Kreativiti

UTM akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-46 pada 26 dan 27 Mac 2011 ini. Kebiasaan bagi majlis konvokesyen ini, sudah pastinya perkataan yang paling popular disebut adalah "Pesta Konvo". Dengar sajalah di mana-mana universiti pun di Malaysia. Itulah perkataan popular tika menjelang majlis konvo.

Namun, ke arah minda kreatif dan inovasi, "pesta konvo" pastinya sudah tidak releven lagi di kala ini.

"Ayah, jom kita pergi pesta konvo UTM.." ajak Mira kepada ayahnya.
"Ada apa yang best sangat kat pesta konvo tu Mira?", tanya ayahnya kembali.
"Nak cari tudung dengan baju la tu, ayahnya", celah ibu Mira.
"hehehehe...", kekek Mira, mengiyakan kata-kata ibunya.

Itu mungkin senario biasa pengunjung ke pesta konvo UTM, tapi kini tidak lagi. Bagi permulaan 2011 ini, aktiviti dikemaskini selari dengan hala tuju universiti ke arah inovasi dan kreativiti. Dengar-dengar ada stesen televisyen yang akan bersiaran pada konvo kali ini! Jom mari kita memeriahkan Festival Inovasi dan Kreativiti UTM 2011!!


Majlis Konvokesyen ke-46 UTM [26-27 Mac 2011]


Maklumat Raptai Majlis Konvokesyen ke-46 adalah seperti berikut:
Tarikh : 25 Mac 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Iskandar UTM, Johor Bahru, Johor



Sistem on-line Kajian Pengesanan Graduat IPTA 2011 akan dibuka mulai
1 Mac 2011 hingga 3 April 2011.

PERHATIAN :
Semua graduan dijemput menghadiri Raptai Majlis Konvokesyen ke-46.
Perhatian:
Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Konvokesyen dilanjutkan sehingga 24 Mac 2011.


Monday, March 21

2 Emas Pertama Team Pendaftar di USG 2011

GO GO PENDAFTAR!!

itu antara kata-kata semangat yang keluar daripada penyokong Pasukan Pendaftar yang datang pada Jumaat lalu (18Mac2011) bagi menyokong, bukan satu, tapi DUA pasukan Pendaftar yang berjaya ke peringkat akhir untuk 2 acara iaitu tarik tali dan bola jaring. HEBAT!!
sesi pemanas badan bersama 'jurulatih'

Friday, March 18

Team Pendaftar [Tarik Tali & Bola Jaring] ke separuh akhir UTM Staff Games (USG) 2011

Semalam (17 Mac) berlangsung perlawanan tarik tali & bola jaring di peringkat suku akhir melibatkan Pasukan Pendaftar. Hasil kecekalan dan kesungguhan pemain-pemain, mereka berjaya mara ke peringkat separuh akhir. TAHNIAH!!

Pasukan tarik tali Pasukan Pendaftar telah bertemu pasukan FBB dan beroleh kemenangan mudah 2-0!! mantap sey! Lihat saja muka-muka pasukan tarik tali ni. Gagah perkasa! :)

WUUUUHHHHHHH!!!!!!!

Tuesday, March 15

Sympathy and condolences to all the victims of the calamity that befall Japan.

Heartfelt sympathy and condolences to all the victims of the calamity that befall Japan. 

Our prayers and good wishes for the safety and security of the people of Japan.

From the UTM Management Team, staff and students.

Japan earth quake, tsunami

Photo from Reuters 


Monday, March 14

UTM praised for successful International Johor Horse Show

SKUDAI, March 13: - The Federation Equestre Internationale (FEI) praised Universiti Teknologi Malaysia (UTM)’s effort in organizing the UTM International Johor Horse Show starting March 10. Executive Secretary of Equestrian Association of Malaysia (EAM) Mejar (Rtd) Yap Mou Soon said, the UTM International Johor Horse Show would be a platform to attract more riders especially students from higher education institutions in the country.





Dr. Zaini (centre) on his favourite horse Blue Bronco participating in 20 km endurance race.

Tuesday, March 8

Keputusan Konvensyen KIK IPTA kali ke 7 di Universiti Putra Malaysia (UPM)


Konvensyen KIK IPTA kali ke  7 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berakhir dengan jayanya. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diwakili oleh 2 kumpulan iaitu HCD Solution dari Pejabat Pendaftar dan APQ Team dari Pejabat Harta Bina. Keseluruhan hampir 40 kumpulan KIK mewakili 20 Universiti telah mengambil bahagian.

Bagi Kategori Pengurusan, HCD Solution telah berjaya memenangi Persembahan Terbaik. Manakala, bagi Kategori Teknikal, APQ Team telah berjaya mendapat tempat ke 3. Tahniah dan syabas kepada kedua-dua wakil UTM yang berjaya mengharumkan nama UTM.

Kejayaan ini diharapkan menjadi mentor bagi kumpulan KIK lain di UTM untuk sama-sama mencipta kejayaan dan membina kreativiti yang lebih luas di bahagian dan jabatan masing-masing.
Berikut adalah keputusan penuh pada Konvensyen tersebut :-
Johan Keseluruhan - SINARAN (UKM)
Fasilitator Terbaik - SINARAN (UKM)
Inovasi Harapan - TITANIUM (PTAR-UiTM)

Kategori Pengurusan
Johan - UPM
Naib Johan - REACH (UiTM PAHANG)
Ketiga -
Inovasi Terbaik - MESMERIZE (UPSI)
Persembahan Terbaik - HCD SOLUTION (UTM)

Kategori Teknikal
Johan - SINARAN (UKM)
Naib Johan - Z'MAX (UiTM-Pusat Kesihatan)
Ketiga - APQ TEAM (UTM)
Inovasi Terbaik - V-CARE (UPM)
Persembahan  Terbaik - REHAB CHARGER (USM)

Tuesday, February 8

Lawatan 5S ke Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya

Tahniah kepada Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya yang berjaya mendapat persijilan 5S pada 5 Ogos 2010. Oleh itu, Pejabat Pendaftar UTM telah mengambil inisiatif dengan mengadakan lawatan pada 26 Januari 2011 yang lalu. Kami telah disambut mesra oleh semua staf di Pejabat Tanah termasuk Pengarahnya sendiri iaitu Hj. Ramlee bin Hj. A. Rahman.
Keadaan Kaunter "Sebelum" dan "Selepas" 5S.

Perserta lawatan daripada Pejabat Pendaftar UTM

Tuesday, January 25

Kelahiran Cahaya Mata Staf HCD

Baby En. Halid

Baby Pn. Norhafizah.

Tahniah diucapkan kepada Pn. Norhafizah bte Mohd Hanapiah di atas kelahiran cahayamata ke-2 pada 2 Januari 2011 yang lalu. Pn. Norhafizah dikurniakan bayi lelaki seberat 3.1kg dan selamat melahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 

Ironinya, seorang lagi staf HCD juga mendapat cahayamata kedua (bayi perempuan) iaitu En. Halid bin Jamaludin pada tarikh, waktu dan hospital yang sama. Ini mesti ikut semangat berpasukan HCD, one for all, all for one!!! Tahniah, tahniah diucapkan dan semoga keluarga HCD akan bertambah meriah. Seperti pepatah Inggeris ada berkata, 'The More The Merrier".

Thursday, January 20

Kursus 'First Aid' dan 'CPR' di Telok Gorek, Mersing 2011

Lihat saja tajuk, anda pasti teruja dengan perkataan "CPR". Sesuatu yang menarik, akan sentiasa menarik. Tapi tahukah anda, untuk melakukan CPR bukan kerja mudah. Semua kepakaran ini ditimba di Telok Gorek, Mersing pada 14 hingga 16 Januari 2011. Kursus ini dianjurkan Pejabat TNC(P&I) dengan dihadiri oleh 30 orang wakil-wakil staf daripada jabatan/bahagian di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
- Kursus & praktikal CPR.
- Pertolongan Cemas.
- Latihan Pertolongan Cemas (waktu malam).

Praktikal CPR

Thursday, January 13

Konvensyen KIK Peringkat UTM 2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Inilah ungkapan yang diterima oleh 2 Kumpulan Inovatif &Kreatif (KIK) iaitu HCD Solution, Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar dan Cempaka, Pejabat Harta Bina yang dinobatkan sebagai kumpulan terbaik mengikut kategori Pengurusan dan Teknikal dalam KonvensyenKIK UTM kali ke 6 yang telah dilangsungkan pada 23 Disember 2010 di Dewan Senat dan Dewan Bankuet. Setiap kumpulan telah menerima Piala Pusingan, Piala Iringan, wang tunai RM2000.00 dan sijil penghargaan daripada Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.

Kumpulan KIK CempakaGambar: UKU

Tuesday, January 11

PC Fair @ UTM

Agak teruja bila mendapat tahu PC Fair akan diadakan di UTM Johor Bahru. Mana taknya, kebiasaan PC Fair kalau di Johor, lokasi paling sinonim adalah di Persada Convention Centre, JB. Kali ini agak menarik sebab lokasi yang sebut² di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Johor Bahru. Memang sangat menarik. Perincian program ini:

PC Fair @ UTM
12 Jan. - 14 Jan. 2011
10.00 pg - 9.00 mlm
Anjuran Kelab Usahawan UTM Johor Bahru.

Monday, January 10

Majlis Perutusan Tahun Baru 2011 oleh Dato' Zaini Ujang

Hari ini (10 Jan.2011) Dato' Naib Canselor (NC) selamat menyampaikan amanat tahun baru bagi tahun 2011, langsung dari Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Pencapaian 2010 disemak dan menjadi kayu pengukur bagi sasaran untuk tahun 2011. Itulah proses muhasabah yang bererti dalam menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi ini - Menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

 "Menjana Minda Kreatif & Inovatif"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails