Thursday, January 13

Konvensyen KIK Peringkat UTM 2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Inilah ungkapan yang diterima oleh 2 Kumpulan Inovatif &Kreatif (KIK) iaitu HCD Solution, Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Pejabat Pendaftar dan Cempaka, Pejabat Harta Bina yang dinobatkan sebagai kumpulan terbaik mengikut kategori Pengurusan dan Teknikal dalam KonvensyenKIK UTM kali ke 6 yang telah dilangsungkan pada 23 Disember 2010 di Dewan Senat dan Dewan Bankuet. Setiap kumpulan telah menerima Piala Pusingan, Piala Iringan, wang tunai RM2000.00 dan sijil penghargaan daripada Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.

Kumpulan KIK CempakaGambar: UKU

Kumpulan KIK HCD Solution telah membentangkan projek bertajuk ‘Kesukaran Pemantauan LaporanKemajuan Staf Cuti Belajar’ sementara kumpulan KIK Cempaka telah embentangkan projek bertajuk‘Meningkatkan Sistem Pelupusan Sampah Lanskap’. Kedua-dua projek yang dibentangkan ini telahmendapat maklum balas yang positif daripada Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali sewaktu beliaubersama Prof. Dr. Ir. Mohd Azraai bin Kassim, Timb. Naib Canselor (A&A) sebagai wakil rasmi NaibCanselor dan tetamu jemputan yang lain melawat ke ruang pameran yang mempamerkan setiap projekyang dibentangkan oleh kumpulan KIK yang menyertai konvensyen kali ini.
Kumpulan KIK HCD Solution.gambar: UKU

Dalam ucapan majlis penutup yang disampaikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi LPU, beliau ada memberi saranan dan gesaan agar Ketua Jabatan Fakulti dan Bahagian dapat memberi sokongan dan komitmen yang tinggi ke atas setiap aktiviti kualiti yang dijalankan oleh semua staf tidak kira peringkat dan jawatan kerana aktiviti sedemikian memberi manfaat dan faedah yang besar terutama dalam mempastikan sistem penyampaian yang terbaik dan cemerlang kepada setiap pelanggan.

Sebanyak 10 kumpulan KIK yang telah mengambil bahagian dalan konvensyen kali ke 6 ini. Ianya terdiri 5 kumpulan KIK dalam Kategori Pengurusan dan 5 kumpulan lagi dalam Kategori Teknikal. Dalam konvensyen kali ini, buat pertama kalinya setiap projek yang  dipersembahkan akan dinilai dan diberi anugerah mengikut tahap projek berdasarkan penilaian yang ditetapkan. Sebanyak 4 dari 10 kumpulan KIK telah mendapat Anugerah EMAS dan selebihnya 6 kumpulan lagi mendapat Anugerah PERAK.

Dalam konvensyen ini juga, 2 kumpulan KIK telah dinobatkan sebagai kumpulan yang telah membuat persembahan terbaik dan menerima wang tunai RM300.00 dan sijil penghargaan. Kumpulan tersebut adalah Kumpulan KIK Pro alterChannel, Fakulti Pendidikan bagi Kategori Pengurusan sementara Kumpulan KIK De Door, Fakulti Kejuruteraan Eletrik bagi Kategori Teknikal.

Kumpulan KIK HCD Solution dan Cempaka akan mewakili UTM dalam Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 yang akan berlangsung di Universiti Putra Malaysia pada 1 hingga 3 Mac 2011 akan datang. Semoga berjaya dan seterusnya mengharumkan nama UTM di peringkat yang lebih tinggi lagi. Keputusan penuh konvensyen KIK UTM kali ke 6 2010 adalah seperti berikut :

           Kumpulan Terbaik


           Persembahan Terbaik

           Kumpulan Pengurusan

             Kumpulan Teknikal

sumber:
Unit Kualiti Universiti
Canseleri
Disember 2010
.




registrar.utm

3 comments:

Prinxess said...

Your work is very good and I appreciate you and hopping for some more informative posts. Thank you for sharing great information to us. Download Kik for Pc

Sophia Malik said...

Very good article! We will be linking to this particularly great content on our website. Keep up the good writing.
tinder for mac official version

ema james said...

When I initially left a comment I appear to have clicked the -Notify me when new comments are added- checkbox and now each time a comment is added I receive four emails with the exact same comment. There has to be an easy method you can remove me from that service? Kudos!
Download how to hack Live.me – video chat &friends account android

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails