Monday, January 10

Majlis Perutusan Tahun Baru 2011 oleh Dato' Zaini Ujang

Hari ini (10 Jan.2011) Dato' Naib Canselor (NC) selamat menyampaikan amanat tahun baru bagi tahun 2011, langsung dari Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Pencapaian 2010 disemak dan menjadi kayu pengukur bagi sasaran untuk tahun 2011. Itulah proses muhasabah yang bererti dalam menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi ini - Menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

 "Menjana Minda Kreatif & Inovatif"


Slogan yang semakin hari menjadi keramat kepada warga UTM seluruhnya. Moto tersebuat adalah antara pengerak kepada kemajuan dan pencapaian UTM sehingga hari ini. Dato' NC menekankan berkenaan pencapaian-pencapaian lalu daripada menubuhan dan pembubaran beberapa jabatan di UTM Johor Bahru dan di International Campul, KL. Pengiktirafan yang diperoleh UTM sepanjang 2010 turut membanggakan warganya. Berstatus Universiti Penyelidikan pada 2010, UTM juga turut dianugerahkan "Anugerah Inovasi Negara" (Organisasi) oleh kerajaan Malaysia, Reader's Digest Trusted Brand 2010 (University Category-Gold) dan juga Tier 5 (Cemerlang) - Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi. 

Pada 2010, UTM memfokuskan 5 perkara utama iaitusebagai sasaran, yang pertama - rangking universiti, kedua - mahasiswa, ketiga - penjenamaan, keempat - penerbitan, dan kelima - kewangan. Semua sasaran berkenaan, alhamdulillah amat memberangsangkan! Jelas sokongan semua warga UTM membawa semua kejayaan berkenaan.

Bagi sasaran 2011, agenda lebih penting disasarkan sebagai kelangsungan slogan "Kerana Tuhan Untuk Manusia" yang difokuskan pada 2010. Lima teras Strategik UTM 2011 adalah kelangsungan UTM memacu kecemerlangan pada masa hadapan. Lima Teras Strategik UTM 2011 adalah:
1. Memajukan Konsep Universiti penyelidikan berasaskan keusahawanan (entrepreneurial research university).
2. Pemerkasaan pembangunan organisasi telus, mantap dan berdaya saing.
3. Menyediakan suasana pembelajaran yang stimulatif, berteras keusahawanan (entrepreneurial), dan berkualiti.
4. Ekosistem intelektual yang dinamik dan bersepadu.
5. Suasana kampus yang ceria, sihat dan lestari.

dan, sasaran utama adalah menjadi salah sebuah universiti moden berkonsepkan "New Academia".


"...Minda proaktif membolehkan kita lebih bersedia untuk lebih berjaya. Minda proaktif sentiasa mencari jalan, cara, kaedah dan ruang untuk maju dan berorientasi hasil berimpak tinggi walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran; masalah adalah satu kesempatan, ketidakcukupan adalah suatu peluang, dan kelemahan adalah suatu peluang keemasan."
Zaini Ujang, Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2011: Menjana Minda Kreatif & Inovatif, 2011


registrar.utm

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails