Wednesday, June 30

Tahniah! Pensijilan Semula ISO 9001:2008 Pejabat Pendaftar

Pada 21-23 Jun 2010 yang lalu, Pejabat Pendaftar telah menerima kunjungan Juruaudit daripada SIRIM Bhd. bagi tujuan pensijilan semula ISO 9001:2008. Kunjungan wakil SIRIM Bhd., iaitu En. Mani Maaran Krishnan dan Cik NorizahYahaya amat dialu-alukan ke Program Pengauditan Semula Pejabat Pendaftar UTM ini.

Pensijilan kali ini adalah peralihan daripada versi ISO 9001:2000 kepada versi ISO 9001:2008 sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan yang menetapkan perubahan selewat-lewatnya hingga penghujung tahun 2010 ini. Pejabat Pendaftar adalah yang pertama memperoleh pensijilan semula bagi versi ISO 9001:2008 di UTM.

Apa itu ISO 9001:2008? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik sini.

8 Kaedah Prinsip di dalam MS ISO 9001:2008 masih digunakan seperti versi lama iaitu:
1. Tumpuan Kepada Pelanggan.
2. Kepimpinan.
3. Penglibatan Anggota Agensi.
4. Pendekatan Proses.
5. Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem.
6. Penambahbaikan Secara Berterusan.
7. Pendekatan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta.
8. Hubungan Dengan Pembekal Untuk Faedah Bersama.

Tahniah kepada semua!


Author,
Registrar Office, UTM, JB

Monday, June 28

Lawatan 5's BPPO ke Pejabat Bendahari UTM, Johor Bahru

Apa itu 5's? Bagi yang tidak maklum istilah ini, 5's adalah satu kaedah cara kerja bagi memastikan suasana persekitaran tempat kerja teratur, bersih dan kemas dan tidak keterlaluan jika dikatakan suasana yang 'sejuk mata memandang'. 5's diadaptasi daripada istilah Jepun, jika diMelayukan membawa maksud Susun, Sisih, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
-
Tanggal 9 Jun lalu, pihak BPPO telah mengadakan lawatan 5's untuk melihat dengan lebih dekat sistem dan kaedah yang dipraktikan oleh Pejabat Bendahari sehingga mereka berjaya memperoleh beberapa anugerah kualiti dan menerima beberapa siri lawatan daripada organisasi kerajaan dan swasta dari sekitar Johor dan luar Johor. Peluang ini tidak dilepaskan oleh beberapa kakitangan BPPO untuk melihat sistem yang dipraktikkan oleh mereka. Daripada papan kenyataan sehinggalah ke dalam setiap laci staf, segala perlatan disusun kemas dan rapi - bersama label!
-
Lihat saja beberapa gambar daripada lawatan ini. Tahniah Pejabat Bendahari!
















Author,
Registrar Office, UTM, JB

Sunday, June 27

Kekosongan Jawatan di UTM!!

Kepada anda yang berhasrat untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM, Johor Bahru, inilah masanya. UTM pada ketika ini membuka tawaran jawatan meliputi 18 jenis jawatan daripada pelbagai gred kumpulan. Antara jawatan yang ditawarkan adalah:-
1. Juruteknik (JA17)
2. Jurutera Awam (JA41)
3. Jurutera Elektrik (JA41)
4. Jurutera Jentera (JA41)
5. Arkitek (JA41)
6. Arkitek Lanskap (JA41)
7. Pembantu Am Pejabat (P01)
8. Pembantu Tadbir (NA17)
9. Pembantu Setiausaha Pejabat (NA17)
10. Penolong Pegawai Tadbir (NA27)
11. Pegawai Tadbir (NA41)
12. Pegawai Penyelidik (QA41)
13. Pembantu Hal Ehwal Islam (SA17)
14. Pembantu Pegawai Perubatan (UA29)
15. Juru X-ray (UA29)
16. Juruteknologi Pergigian (UA29)
17. Pegawai Perubatan (UD43)
18. Pegawai Kewangan (WA41)


Bersama-sama kami mencapai status Universiti Bertaraf Dunia serta mengekalkan status Universiti Penyelidikan yang telah dianugerahkan kepada kami baru-baru ini. Pastikan anda memohon secara on-line dan permohonan manual (borang permohonan) sudah tidak lagi menjadi keutamaan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Julai 2010. Kini dilanjutkan sehingga 8 Julai 2010. Mohon segera.
-
Untuk memohon sila Klik Sini. Semoga berjaya!!





Pendaftar UTM on blog!

Untuk pertama kalinya, Pejabat Pendaftar UTM, Johor Bahru telah bersetuju menerbitkan blog! Ini adalah langkah positif sebagai usaha menyampaikan maklumat, informasi, aktiviti dan berita terkini berkaitan Pejabat Pendaftar untuk makluman dan tatapan umum.
-
Dalam mencari nama yang sesuai untuk blog ini, penulis terjumpa satu blog twitter 'UTMRegistrar'! Disangkakan Pej. Pendaftar UTM Johor, tapi ternyata meleset. Rupanya blog seorang rakan di Universiti of Toronto Mississauga, Canada. (lihat bawah)











source: http://twitter.com/UTMRegistrar

-
Di alam maya, dengan satu perkataan pun kita boleh mendapat infonya. Itu pasti. Cuba saja Google! atau mungkin Yahoo!.
:)

Author,
Registrar Office, UTM, JB

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails