Wednesday, December 1

Kem Motivasi Pejabat Pendaftar: Semangat Getir Hati Teguh

Tarikh keramat 26-28 November 2010 lalu, satu program motivasi "Semangat Getir Hati Teguh" telah berjaya dilaksanakan. Program team building yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan di Pejabat Pendaftar telah menghadiri kursus motivasi ini yang berlangsung di Kampug Peta, Taman Negara Endau-Rompin selama 3 hari. Dengan laluan yang mencabar semasa perjalanan ke Kg. Peta, kenderaan pacuan empat roda (4WD) terpaksa digunakan untuk sampai ke kampung berkenaan. Hampir 3 jam diperlukan untuk sampai di kawasan Taman Negara Endau-Rompin. Sungguh mencabar!

Laluan sebelum ke Kg. Peta, Taman Negara Endau-Rompin, Mersing

Tuesday, September 7

Iklan Kekosongan Jawatan Terkini di UTM (September 2010)

Dimaklumkan kepada semua, UTM pada masa ini sedang membuka iklan kekosongan jawatan kepada anda diluar sana. Disebalik falsafah "Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif" merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kami berbeza. Sebanyak 34 kategori jawatan dibuka ketika ini merangkumi pelbagai gred dan kumpulan.

Jika anda merupakan seorang individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama meneroka teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020, anda adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 September 2010. Pastikan anda memohon secara dalam talian. Sila klik - Permohonan jawatan UTM.



Jumpa anda di UTM, dan semoga berjaya!

Monday, September 6

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.
Semoga segalanya berjalan dengan baik sepanjang lebaran nanti.
Kepada para pemandu, pandu kenderaan anda dengan berhemah. 
Ingatlah pada mereka yang tersayang.

Wednesday, August 25

Konvokesyen UTM Kali Ke-45 [September 2010]

Kepada bakal² graduan UTM yang akan berkonvo selepas hari raya nanti, suka untuk dikongsi bahawa tarikh istiadat Konyokesyen UTM kali ke-45 telah ditetapkan untuk diadakan pada 25 hingga 28 September 2010. Tahniah untuk anda!

Monday, August 23

Polisterin oh polisterin... [isu bekas makanan]

Isu bekas makanan (poliserin & plastik) ini mungkin bermusim. Telah lama rasanya perkara ini diperkatakan. Mungkin kerana isunya kurang hangat dan kurang dibincangkan maka tak ramai yang sedar akan nilai² sivik terhadap alam sekitar dan kesihatan berkaitan bekas makanan ini. Kalau dijenguk di bazar² ramadhan dikala ini, WAH! rata² bekas polisterina ini bermaharajalela di gerai² bazar ramadhan. Harap tindakan segera perlu dilakukan. bukan untuk kebaikan diri kita saja, ahli keluarga kita juga.   

Thursday, August 19

UTM Motion Vs. Youtube

UTM recently has lunched one of the video web base sharing to public known as UTM Motion. This was lunched on April 2010 by Vice Chancellor during monthly assembly at Dewan Sultan Iskandar, UTM JB. This project is one of innovation project by Center of Teaching and Learning (CTL) in collaboration with Center of Information and Communication Technology (CICT) in which the purpose is to support the e-learning program on teaching and learning among students and academician.  But do not worry, you can still upload the video of you playing a guitar inside your room, as long as you  not brake the UTM Motion terms

Tuesday, August 17

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 [2010]: 1 Malaysia Menjana Transformasi

 Tanggal 16 Ogos 2010 (semalam) telah diadakan pelancaran program Bulan Kemerdekaan Peringkat UTM di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Upacara ringkas tersebut turut disertakan bersama Perlancaran Tabung Endowmen Merdeka UTM. Program anjuran Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor. Mari ramai² kita kibarkan bendera Jalur Gemilang! Tanda semangat patriotisme yang tinggi dalam diri - dan sedia berjuang demi tanah air tercinta ini.

Dan blog ini akan turut mengibarkan Jalur Gemilang [walaupun hanya gambar] selama 30 hari (sehingga 15 September 2010) tanda jati diri kepada nusa dan bangsa. Tema sdan logo ambutan peringkat kebangsaaan tahun ini adalah 

Satu Malaysia Menjana Transformasi


Friday, August 13

Buang Bayi, Hukum Mati! Wujudkan Benteng Diri!


Rasa terpanggil untuk memperkatakan isu buang bayi ini memandangkan telah banyak kes buang bayi 10 tahun kebelakangan ni. Banyak program diwujudkan tapi langsung tak beri kesedaran pada diorang ni (kebanyakkan remaja). Sampai kat Melaka pun nak wujudkan sekolah khas untuk mereka ini. Apakah semua ini?. Kenapa boleh berlaku macam ni? Kalau ditanyakan soalan ~

"Pada pendapat adik, siapa punca dalam isu buang bayi ni?" soal wartawan akhbar kepada seorang remaja.
"Pada pendapat saya, mak bapak yang kurang beri perhatian pada anak² mereka ini. Sibuk dengan kerja, sibuk cari duit sampai anak tak terjaga. Orang lain pun cari duit juga, tapi ada juga masa untuk keluarga.", jawab remaja itu penuh kesal...


Thursday, August 12

Mesyuarat MBJ IPTA di UTM Johor Bahru

Mesyuarat MBJ atau nama penuhnya Majlis Bersama Jabatan telah berlangsung baru² ini (8-9 Ogos 2010) di UTM Johor Bahru yang telah dihadiri beberapa wakil IPTA termasuk daripada pihak kementerian sendiri. Mesyuarat ini antara lain adalah sebagai medium bagi menjaga kebajikan para pekerja.

Ingin info lanjut tentang MBJ? Klik saja Ingin Tahu MBJ 

Tuesday, August 10

Ramadhan Nan Indah Menjelma Kembali

Bulan Ramadhan menjelma kembali. Ada yang mengeluh, ada yang gembira, tak kurang pula yang langsung tak rasa apa² - (apakah, mana jiwa Islam mu itu?). Kepada yang mengeluh, ingatlah kita hanya 'pelakon' di alam fana ini sahaja dan bila² masa kita akan 'pergi' selamanya sebelum dibangkitkan semula di alam akhirat. Kepada yang gembira, alhamdulillah, lakukan ibadah sebanyak²nya dengan seikhlas hatimu kerana-Nya. Insyallah pasti ada ganjaran baik dari-Nya. Tidak lupa pada yang langsung tidak merasa kehadiran Ramadhan ini, anda RUGI! AMAT RUGI!!


Thursday, August 5

Event, event, and events @ UTM JB


Lots of  story could be publish this week 'cos currently we have lots of events running in this campus at the moment. Grab it while you free!! - me, my schedule quite full!

1. Bengkel Pengurusan Jenazah
7 Ogos 2010 by Pusat Islam, UTM JB.

2. Perlawanan Bola Sepak TMJ vs. UTM
6 Ogos 2010 (4.30 pm) at Padang Bola Utama, UTM JB.
3. Festival Bugis @ UTM JB
1-8 Ogos 2010- Lots of sales available there.

4. Inatex 2010 
Inatex2010
5. Sukam XVIII
SUKAM XVIII 28 July - 8 Aug 2010

6. Career Preparation Workshop
Career Preparation Workshop. 7 Aug 2010.


Tuesday, August 3

Kenaikan Pangkat & Lantikan Staf

Untuk makluman yang lebih meluas, dilampirkan di sini senarai kenaikan pangkat staf dan lantikan staf yang sebahagiannya diumumkan pada perhimpunan bulanan bersama Dato' NC semalam (2 Ogos 2010). Tahniah!

Klik di bawah

Senarai kenaikan pangkat dan Senarai lantikan [internal access only]


Monday, August 2

Hari Keluarga UTM 2010 - Laporan

Selesai sudah satu program besar yang berlangsung Sabtu lalu di UTM Johor Bahru - Hari Keluarga UTM 2010 peringkat universiti. Agak meriah dengan kehadiran hampir 2000 staf  termauk ahli keluarga staf pada hari program. Walaupun cuaca agak tidak menyakinkan pada hari sebelumnya (Jumaat), tetapi alhamdulillah, cuaca amat baik sekali pada hari acara. Cuma agak tidak menyenangkan, keadaan padang yang agak becak dan... berlumpur - kelihatan saja 2, 3 orang terlompat² mengelak lopak berair.

Wednesday, July 28

Jemputan ke Hari Keluarga UTM 2010 - 31 Julai 2010

Selepas kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2006, UTM akan mengadakan Program Hari Keluarga peringkat Universiti pada Sabtu ini (31 Julai 2010). Program HKUTM 2010 ini yang diilhamkan oleh Dato' NC dijangka akan dirasmikan oleh Pro Canselor UTM, Dato' Dr. Mohamad Ridzuan Mohd Salleh.

Mungkin program ini sesuatu yang dinantikan oleh sesetengah staf di UTM, mana taknya, hadiah cabutan bertuahnya saja menjadi idaman bukan saja kepada para peserta, malah urusetianya sendiri. Cabutan hadiah utama pada kali ini adalah bernilai RM2000!!. Mahu tau apa hadiahnya? Kenalah datang baru tahu. Menarik bukan? Jangan risau, itu hadiah utama, hadiah tak utama pun menarik perhatian juga. Sebanyak 100 hadiah disediakan khusus untuk anda, warga staf UTM. Jadi, jangan  tak lepaskan peluang ini! (mudah saya nak dapat hadiah cabutan). :).

Banner Hari Keluarga UTM 2010

Pelbagai acara akan diadakan sempena Program HKUTM 2010 ini. Antara yang menarik:
- UTM F1.
- Tornado Run.
- Mini Tresure Hunt.
- Acara mewarna bagi kanak-kanak.
- Hole-in-One.
- Fun Sweeper.
- Khemah Terindah.
dan banyak lagi....

Turut diadakan sedikit pameran dan gerai untuk kaki shopping. Paling istimewa, program ini akan diserikan dengan kehadiran kartunis jemputan Datuk Lat(Karyawan Tamu UTM). Beliau akan mengadakan demo karya beliau dan kanak² berpeluang untuk mewarnakan hasil lukisan beliau pada hari kejadian.

Kepada Staf UTM, jumpa anda di Padang Utama, Sabtu ini!!

Monday, July 26

Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim Bhg.2

Hari yang dinanti telah pun tiba, iaitulah Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI). Dewan Sultan Iskandar (DSI) menjadi saksi perasmian berkenaan yang disempurnakan oleh Duli YMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Di dalam DSI yang penuh dengan ribuan hadirin, kebanyakannya duduk penuh tertib tanpa kata² khusyuk mendengar ucapan penuh makna daripada Baginda. Hinggalah bergema kata²..

"Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Saya dengan ini merasmikan Bangunan Pentadbiran sebagai Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim..
Kemudian...

Friday, July 23

Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM Johor Bahru


Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim,  UTM Johor Bahru akan diadakan pada Isnin ini (26 Julai 2010). Bagi yang tidak mengetahui bangunan mana yang 'bertuah' mendapat gelaran nama tersebut, anda mugkin pernah mengetahui Bangunan Pentadbiran, jadi nama tersebut tidak akan digunakan lagi selepas ini. Kesimpulannya "Bangunan Pentadbiran" ditukar kepada "Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim".

Taklimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Staf Secara Dalam Talian

Satu sesi taklimat Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Staf Secara Online telah dijalankan pagi ini (23 Julai 2010) di Dewan Senat, UTM Johor Bahru. Taklimat yang sampaikan oleh En Azri Hohad dengan kerjasama pasukan CICT menerangkan tentang prosedur baru permohonan peperiksaan staf di UTM ini.

Gambar hiasan. :)

Jika sebelum ini permohonan dibuat secara manual, proses berkenaan mengambil masa untuk diselesaikan di peringkat pengurusan HCM. Daripada mengambil borang di HCM, mengisi borang dan kembalikan semula ke HCM, proses itu saja pun kadang-kala mengambil masa 2 minggu. Pelik. Maklumlah, komitmen kerja kadang-kala membuat kita 'terlupa' beberapa perkara lain. Kini, dengan inisiatif daripada pejabat HCM, segala proses berkenaan ditambah baik dengan bantuan sistem HRFin yang dibangunkan sebelum ini.

Lepas ini, tak sampai 5 minit pun dah selesai untuk memohon. Tak perlu la ke HCM lagi ambil borang. Mudah cepat dan berkesan. Tahniah!

Dapatkan slaid taklimat tersebut di sini.

Tambahan:


Author,
Registrar Office, UTM, JB

Friday, July 16

Citra Karisma 2010

Citra Karisma kembali lagi! Kehangatannya tak ubah seperti anugerah bintang popular yang acap kali terpancar di kaca televisyen. Meriah, glamor, dengan warna tema yang menyerlah dan 'popular', dan tidak ketinggalan, fesyen pakaian yang sedikit mencuri perhatian. Untuk sekian kalinya bagi tahun 2010 ini , kehebatan majlisnya tetap gah seperti yang diwar-warkan. 



Bagi yang baru menjadi ahli keluarga UTM, Citra Karisma adalah merupakan satu majlis anugerah kecemerlangan dan penghargaan bagi menghargai warga staf UTM yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi, iltizam dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Tidak ketinggalan, warga akademik yang telah menyumbangkan idea kreatif dan inovasi dalam penyelidikan, penerbitan dan pelbagai aspek ilmiah dan kemasyarakatan. 

Thursday, July 15

Program Gotong Royong Perdana UTM Johor Bahru

 Tanggal 5 Julai 2010 (Isnin) yang lalu, pihak pengurusan Universiti (UTM) julung-julung kalinya telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana peringkat Universiti melibatkan seluruh jabatan di kampus UTM Johor Bahru. Program ini adalah cetusan idea daripada Dato Naib Canselor sendiri (Dato' Zaini bin Ujang) pertama kali semenjak beliau menjadi Naib Cancelor di UTM ini.
-
Pejabat Pendaftar tidak terkecuali dalam aktiviti ini dengan turut bersama-sama mengerah tulang empat kerat untuk mengemas dan mengindahkan kawasan di dalam dan persekitaran pejabat masing-masing. Lihat sahaja gelagat staf di Pejabat Pendaftar dan jabatan lain di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim semasa aktiviti tersebut.



Author,
Registrar Office,
UTM, JB

Sunday, July 4

UTM to Pioneer a High-Speed 4G Technology in Collaboration With YTL Communication

A Memorandum of Agreement (MoA) has been signed between Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and YTL Corporation Berhad to provide 4G campus-wide network in UTM Skudai.



  
Under this arrangement, YTL through their subsidiary company, YTL Communication Sdn. Bhd. (YTL Comms) undertook the following aspects such as to design, build, operate and manage a 4G campus-wide network for the provision of data and voice service within the Johor Bahru campus.

Wednesday, June 30

Tahniah! Pensijilan Semula ISO 9001:2008 Pejabat Pendaftar

Pada 21-23 Jun 2010 yang lalu, Pejabat Pendaftar telah menerima kunjungan Juruaudit daripada SIRIM Bhd. bagi tujuan pensijilan semula ISO 9001:2008. Kunjungan wakil SIRIM Bhd., iaitu En. Mani Maaran Krishnan dan Cik NorizahYahaya amat dialu-alukan ke Program Pengauditan Semula Pejabat Pendaftar UTM ini.

Pensijilan kali ini adalah peralihan daripada versi ISO 9001:2000 kepada versi ISO 9001:2008 sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan yang menetapkan perubahan selewat-lewatnya hingga penghujung tahun 2010 ini. Pejabat Pendaftar adalah yang pertama memperoleh pensijilan semula bagi versi ISO 9001:2008 di UTM.

Apa itu ISO 9001:2008? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila klik sini.

8 Kaedah Prinsip di dalam MS ISO 9001:2008 masih digunakan seperti versi lama iaitu:
1. Tumpuan Kepada Pelanggan.
2. Kepimpinan.
3. Penglibatan Anggota Agensi.
4. Pendekatan Proses.
5. Pengurusan Yang Mengamalkan Pendekatan Sistem.
6. Penambahbaikan Secara Berterusan.
7. Pendekatan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta.
8. Hubungan Dengan Pembekal Untuk Faedah Bersama.

Tahniah kepada semua!


Author,
Registrar Office, UTM, JB

Monday, June 28

Lawatan 5's BPPO ke Pejabat Bendahari UTM, Johor Bahru

Apa itu 5's? Bagi yang tidak maklum istilah ini, 5's adalah satu kaedah cara kerja bagi memastikan suasana persekitaran tempat kerja teratur, bersih dan kemas dan tidak keterlaluan jika dikatakan suasana yang 'sejuk mata memandang'. 5's diadaptasi daripada istilah Jepun, jika diMelayukan membawa maksud Susun, Sisih, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
-
Tanggal 9 Jun lalu, pihak BPPO telah mengadakan lawatan 5's untuk melihat dengan lebih dekat sistem dan kaedah yang dipraktikan oleh Pejabat Bendahari sehingga mereka berjaya memperoleh beberapa anugerah kualiti dan menerima beberapa siri lawatan daripada organisasi kerajaan dan swasta dari sekitar Johor dan luar Johor. Peluang ini tidak dilepaskan oleh beberapa kakitangan BPPO untuk melihat sistem yang dipraktikkan oleh mereka. Daripada papan kenyataan sehinggalah ke dalam setiap laci staf, segala perlatan disusun kemas dan rapi - bersama label!
-
Lihat saja beberapa gambar daripada lawatan ini. Tahniah Pejabat Bendahari!
















Author,
Registrar Office, UTM, JB

Sunday, June 27

Kekosongan Jawatan di UTM!!

Kepada anda yang berhasrat untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM, Johor Bahru, inilah masanya. UTM pada ketika ini membuka tawaran jawatan meliputi 18 jenis jawatan daripada pelbagai gred kumpulan. Antara jawatan yang ditawarkan adalah:-
1. Juruteknik (JA17)
2. Jurutera Awam (JA41)
3. Jurutera Elektrik (JA41)
4. Jurutera Jentera (JA41)
5. Arkitek (JA41)
6. Arkitek Lanskap (JA41)
7. Pembantu Am Pejabat (P01)
8. Pembantu Tadbir (NA17)
9. Pembantu Setiausaha Pejabat (NA17)
10. Penolong Pegawai Tadbir (NA27)
11. Pegawai Tadbir (NA41)
12. Pegawai Penyelidik (QA41)
13. Pembantu Hal Ehwal Islam (SA17)
14. Pembantu Pegawai Perubatan (UA29)
15. Juru X-ray (UA29)
16. Juruteknologi Pergigian (UA29)
17. Pegawai Perubatan (UD43)
18. Pegawai Kewangan (WA41)


Bersama-sama kami mencapai status Universiti Bertaraf Dunia serta mengekalkan status Universiti Penyelidikan yang telah dianugerahkan kepada kami baru-baru ini. Pastikan anda memohon secara on-line dan permohonan manual (borang permohonan) sudah tidak lagi menjadi keutamaan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Julai 2010. Kini dilanjutkan sehingga 8 Julai 2010. Mohon segera.
-
Untuk memohon sila Klik Sini. Semoga berjaya!!





Pendaftar UTM on blog!

Untuk pertama kalinya, Pejabat Pendaftar UTM, Johor Bahru telah bersetuju menerbitkan blog! Ini adalah langkah positif sebagai usaha menyampaikan maklumat, informasi, aktiviti dan berita terkini berkaitan Pejabat Pendaftar untuk makluman dan tatapan umum.
-
Dalam mencari nama yang sesuai untuk blog ini, penulis terjumpa satu blog twitter 'UTMRegistrar'! Disangkakan Pej. Pendaftar UTM Johor, tapi ternyata meleset. Rupanya blog seorang rakan di Universiti of Toronto Mississauga, Canada. (lihat bawah)











source: http://twitter.com/UTMRegistrar

-
Di alam maya, dengan satu perkataan pun kita boleh mendapat infonya. Itu pasti. Cuba saja Google! atau mungkin Yahoo!.
:)

Author,
Registrar Office, UTM, JB

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails