Monday, August 2

Hari Keluarga UTM 2010 - Laporan

Selesai sudah satu program besar yang berlangsung Sabtu lalu di UTM Johor Bahru - Hari Keluarga UTM 2010 peringkat universiti. Agak meriah dengan kehadiran hampir 2000 staf  termauk ahli keluarga staf pada hari program. Walaupun cuaca agak tidak menyakinkan pada hari sebelumnya (Jumaat), tetapi alhamdulillah, cuaca amat baik sekali pada hari acara. Cuma agak tidak menyenangkan, keadaan padang yang agak becak dan... berlumpur - kelihatan saja 2, 3 orang terlompat² mengelak lopak berair.

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staf yang hadir pada hari kejadian. Semangat anda amat bererti, sungguh bererti. Dilupakan tidak, komitmen daripada para petugas dan urusetia yang bersungguh demi kelancaran perjalanan program. Begitu juga kehadiran para pegawai universiti yang turut sama menyertai beberapa acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada yang menang.



Bagi johan keseluruhan ZON 1 (FKA, FAB dan CICT), anda memang hebat. Strategi perhiasan khemah yang mantap! Siap ada basikal posto dikala era TV kaler hitam-putih. Tapi keindahan khemah hanya sebahagian, penilaian juga dikira daripada kemenangan yang diperolehi dalam acara yang dijalankan. Anda hebat! Tidak dilupa pada zon (PTJ) lain yang menunjukkan kesungguhan dalam semua penyertaan.

Akhirnya, hadiah cabutan bertuah bernilai RM 2000 ringgit yang menjadi idaman dan kerlingan mata seluruh peserta termasuk anak² staf, dengan nombor cabutan "1001" (Dato' cabut 2 kali :p). Kelihatan seorang budak berlari² bersama² beberapa keping nombor cabutan di tangan, sambil menghulurkan tangan pada emcee,


"Ai, banyak betul nombor kat tangan?" tanya emcee penuh keraguan.
".......errr saya tolong pegangkan nombor ni je bang", alasan diluahkan.
"Adik ni anak staf ke?" tanya emcee sambil memegang tangan anak ini.
"Betul!" jawap anak staf penuh yakin.
"Anak staf mana ni dik?" emcee cuba mencari kepastian, seperti masih tidak percaya dengan kejayaan anak ini.

"Saya anak M******, staf P.K********", jawap anak ini melenyapkan keraguan emcee. Dug dag dug dag... pantas degupan jantung anak ini - cuak.

"Baiklah, dipersilakan pemenang cabutan hadiah grand prize ini, sebuah TV 37 inci, bernilai RM2000. Bertuah la budak ni. Malam ni boleh tengok Buletin Utama puas²" emcee menyambung penuh kehampaan (sebab no. tak naik)...


Moga akhirnya, segala kelemahan dan kecacatan yang terserlah pada hari sebelum dan ketika kejadian, dapat dimaafkan, sebagai insan biasa, yang terbaik sentiasa saja diharapkan., namun kejayaan juga bergantung kepada kemampuan diri. Yang lebih penting, matlamat program ini diharap tercapai hendaknya. Amiin. Ironinya, rugi sapa yang tak datang Sabtu lepas.
:)

Sedikit foto untuk dikongsi bersama, kepada yang tidak hadir. Lain kali datang la ye :)



2 comments:

Anonymous said...

Caya lah UTM! Go UTM go.. macam ni baru betul2 satu 'keluarga'. Harap dapat di terus kan pada tahun-tahun akan datang!

registrar.utm said...

Terima kasih. Harapnya begitulah.:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails