Bulan Ramadhan menjelma kembali. Ada yang mengeluh, ada yang gembira, tak kurang pula yang langsung tak rasa apa² - (apakah, mana jiwa Islam mu itu?). Kepada yang mengeluh, ingatlah kita hanya 'pelakon' di alam fana ini sahaja dan bila² masa kita akan 'pergi' selamanya sebelum dibangkitkan semula di alam akhirat. Kepada yang gembira, alhamdulillah, lakukan ibadah sebanyak²nya dengan seikhlas hatimu kerana-Nya. Insyallah pasti ada ganjaran baik dari-Nya. Tidak lupa pada yang langsung tidak merasa kehadiran Ramadhan ini, anda RUGI! AMAT RUGI!!
"Kenapa aku perlu tahu pasal bulan Ramadhan ini? Menyusahkan aku saja", bentak insan bongkak itu.
"Kena puasalah, tak boleh hisap rokok lah, macam2 lah..", sambung makhluk bongkak yang tidak pernah mengenal Tuhan yang Maha Esa itu.
Insan mulia berbicara, " ingatlah sahabat, kita hidup penuh bergelumang dengan dosa, maksiat. Bulan penuh berkah inilah masanya untuk kita meraih kembali redha Illahi dengan memohon keampunan agar kita mendapat peliharaan-Nya dunia akhirat. Segala amalan di bulan ini akan diberikan ganjaran berlipat-lipat kali ganda daripada bulan² lain.
"Benarkah begitu?" soal insan bongkak seakan terbuka pintu hatinya. "Segala dosaku akan diampunkan Tuhan? Mana mungkin, telah banyak kerosakakan telah aku perbuat!"
Insan mulia mencelah, "Itulah silapmu. Kamu tidak yakin. Yakinkanlah hatimu bahawa Tuhan yang Maha Esa itu akan mengampuni dosamu. Tetapi ingat! Jangan sekali² kamu mengulangi kesilapanmu itu. Insyallah kamu akan beroleh ketenagan dalam hidupmu. Yakinlah".
Insan bongkak, " ....... Aku kelu tanpa kata². Jika benar begitu akan ku rebut bulan Ramadhan ini sepenuhnya!" ucap insan yang mula sedar itu penuh semangat.
Tangan dihulur, jabatan tangan disambut, penuh erat, "Terima kasih sahabatku", keduanya berbalas senyuman penuh erti dikala Ramadhan menjelang kini.
Salam Ramadhan untuk semua. Rebutlah kelebihan bulan Ramadhan ini dengan amalan sebanyak²nya, kerana-Nya dan untuk-Nya.
Peringatan: Di Bulan Ramadhan ini, kita kerap membeli kurma (tamar) di pelbagai sumber. Harus diingat, kita wajib selidiki di mana asal-usulnya. Kini terdapat kurma yang dihasilkan oleh yahudi bagi mengaburi mata Muslim. Mereka (yahudi) menanam kurma di atas tanah Palestin yang mereka rampas. Membeli kurma daripada mereka ini serupa seperti kita menyokong pencabulan/pencerobohan yahudi ke atas tanah Palestin ini. Insyallah dengan sedikit perhatian, kita dapat membantu mereka yang lebih memerlukan daripada kita membeli kurma daripada yahudi ini. Moga diredhai-Nya. Amiin.
more sources:
- http://www.inminds.com/boycott-israeli-dates.php
2 comments:
selamat berpuasa buat semua warga pendaftar utm :)
vangardx: selamat berpuasa utk anda juga :)
Post a Comment