Rasa terpanggil untuk memperkatakan isu buang bayi ini memandangkan telah banyak kes buang bayi 10 tahun kebelakangan ni. Banyak program diwujudkan tapi langsung tak beri kesedaran pada diorang ni (kebanyakkan remaja). Sampai kat Melaka pun nak wujudkan sekolah khas untuk mereka ini. Apakah semua ini?. Kenapa boleh berlaku macam ni? Kalau ditanyakan soalan ~
"Pada pendapat adik, siapa punca dalam isu buang bayi ni?" soal wartawan akhbar kepada seorang remaja.
"Pada pendapat saya, mak bapak yang kurang beri perhatian pada anak² mereka ini. Sibuk dengan kerja, sibuk cari duit sampai anak tak terjaga. Orang lain pun cari duit juga, tapi ada juga masa untuk keluarga.", jawab remaja itu penuh kesal...
sumber: bharian.com.my [13.08.2010] |
Seorang responden lain pula...
"Pakcik ada baca tentang isu hukuman mati bagi kes pembuangan bayi di akhbar hari ni?", tanya wartawan yang sama sambil tangan mencatit sesuatu di buku kecilnya.
"Ada. Apa nak jadi dengan anak² muda sekarang ni?", jawab pakcik tersebut, serius!.
"Pada pendapat pakcik, siapakah harus dipersalahkan dalam hal ini?," soal wartawan akhbar itu.
"Anak² muda ni la salah. Diorang ni asyik cari seronok je. Cuba tengok zaman kita dulu, mana ada sangat kes² macam ni. Hidup ni panjang lagi, kalau setakat hidup nak cari seronok, lepas tu buang bayi sana sini. Baik tak payah lahir la kat dunia ni.", jawap pakcik lewat 50'an penuh tegas.
Jadi, siapa yang salah di sini?
Jawapannya semua orang salah. Diri kita bersalah!. Kita adalah khalifah Allah SWT yang diamanahkan untuk mentadbir alam ini. Jika berlaku kerosakkan seperti ini, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membendungnya. Mungkin hukuman mati salah satu kaedah membendungnya. Mungkin? ya mungkin. Bila nafsu menguasai segala, sukar untuk diduga. Ibu ayah di luar sana, anda pasti risau dengan anak² anda dengan gejala² seperti ini - mudah²an diri kita dan anak² kita dijauhkan dari semua perkara ini dan mendapat lindungan-Nya. Ameen.
-SEGALANYA BERMULA DI RUMAH-
Percaya atau tidak institusi kekeluargaan adalah insitusi penting dalam membina peradaban dunia, diulangi, membina peradaban dunia bukan setakat masyarakat saja. Peradaban akan musnah jika institusi kekeluargaan gagal dibina. - Sengaja ingin mengajak anda berfikir sebagai seorang Muslim sejati. Jadi, wajarkah HUKUMAN MATI kepada pesalah buang bayi ini? Bukan ada hukuman rejam sampai mati kepada penzina² yang berzina itu di dalam Hukum Islam? Mungkin tak berlaku kes pembuangan & pembunuhan bayi jika penzina² ini dihukum sejak awal lagi. Benar ke? Kita sama² ke sekolah, mari kita renung²kan bersama. peace! :)
Orang berkata, kalau duduk berdua²an lelaki dan perempuan itu, pasti akan ada 'orang ke-3'. Ya, "orang ke-3' yang tak nampak inilah juga antara salah satu punca daripada punca² yang dikemukakan pada hujah² di atas. Hasutan dan ayat² manis kadang kala meruntuhkan pegangan agama seorang insan. Suka untuk saya berkongsi dengan anda sebuah video tentang bagaimana kita membenteng diri kita daripada gangguan makhluk ke-3 ini. Lindungilah diri kita dan keluarga kita. Mudah²an tiada lagi kes² buang bayi ini berlaku pada masa akan datang. Rakan², kembalilah pada ajaran-NYA. Daripada-Nya kita lahir, dan kepada-Nya kita kembali. Apa lagi yang mahu?
Sila teliti video ini dan ambillah ilmu / panduan daripadanya. Harap bermanfaat kepada anda. Selamat meneruskan ibadah puasa. :)
[ini adalah pendapat peribadi saja dan segala isi kandung tidak mewakili organisasi ini]
No comments:
Post a Comment