Wednesday, August 25

Konvokesyen UTM Kali Ke-45 [September 2010]

Kepada bakal² graduan UTM yang akan berkonvo selepas hari raya nanti, suka untuk dikongsi bahawa tarikh istiadat Konyokesyen UTM kali ke-45 telah ditetapkan untuk diadakan pada 25 hingga 28 September 2010. Tahniah untuk anda!


Apa yang lebih menarik, bersama-sama istiadat kali ini, turut akan diadakan pemasyhuran Canselor baru iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim. Pemasyhuran ini adalah berikutan kemangkatan Al-Marhum Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010 yang lalu.

Surat jemputan kepada bakal² geraduan telah pun mula dihantar seawal bulan Ogos ini. Dalam pada itu, para graduan adalah diminta untuk mengisi Kajian Pengesahan Graduan IPTA bermula 28 Ogos 2010 sehingga 15 Oktober 2010. Kajian ini adalah penting bagi keperluan UTM dan pihak KPT sendiri. Senarai graduan juga telah boleh disemak di laman web UTM (konvokesyen). Sebelum menerima skrol, sila pastikan semua tunggakkan telah diselesaikan ya! Jumpa anda di pentas penganugerahan! peace! :)

Congratulation!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails