Tanggal 16 Ogos 2010 (semalam) telah diadakan pelancaran program Bulan Kemerdekaan Peringkat UTM di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Upacara ringkas tersebut turut disertakan bersama Perlancaran Tabung Endowmen Merdeka UTM. Program anjuran Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Naib Canselor. Mari ramai² kita kibarkan bendera Jalur Gemilang! Tanda semangat patriotisme yang tinggi dalam diri - dan sedia berjuang demi tanah air tercinta ini.
Dan blog ini akan turut mengibarkan Jalur Gemilang [walaupun hanya gambar] selama 30 hari (sehingga 15 September 2010) tanda jati diri kepada nusa dan bangsa. Tema sdan logo ambutan peringkat kebangsaaan tahun ini adalah
Satu Malaysia Menjana Transformasi
Nampak gayanya lebih kurang tema Hari Keluarga UTM baru² ini [1 UTM Menjana Inovasi]. Molek sangat. Harapnya tahun ini sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, tak perlu rasanya pergi melihat jarun jam tepat ke angka '12' dengan sorakkan yang entah apa². Baik buat amalan² mulia yang lebih bermakna di bulan puasa ni, pahala pun dapat. Barulah kena dengan hasrat 'Transformasi' tu. Sempena sambutan malam kemerdekaan tu, elakkan diri daripada terjerumus dengan kemaksiatan seperti contoh isu pada post sebelum ini berkaitan buang bayi. Cukup²lah buat masalah kepada masyarakat?! Selamat meneruskan ibadah puasa. peace! :)
Penyerahan Jalur Gemilang. [sumber: HEM] |
No comments:
Post a Comment