Friday, July 23

Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM Johor Bahru


Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim,  UTM Johor Bahru akan diadakan pada Isnin ini (26 Julai 2010). Bagi yang tidak mengetahui bangunan mana yang 'bertuah' mendapat gelaran nama tersebut, anda mugkin pernah mengetahui Bangunan Pentadbiran, jadi nama tersebut tidak akan digunakan lagi selepas ini. Kesimpulannya "Bangunan Pentadbiran" ditukar kepada "Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim".



Pada hari berkenaan, segala aktiviti rutin di UTM JB (kuliah, kursus, urusan kaunter dan sebagainya) akan ditangguhkan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Semua aktiviti hanya akan beroperasi semula selepas waktu rehat (jam 2.00 petang). Kepada yang turut serta, pakaian yang dinasihatkan adalah lounge suit gelap dan bersongkok. Jumpa anda di sana!

Tarikh: 26 Julai 2010
Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat: Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Perasmi: Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar


Author, 
Registrar Office, UTM, JB

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails