Hari yang dinanti telah pun tiba, iaitulah Majlis Perasmian Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI). Dewan Sultan Iskandar (DSI) menjadi saksi perasmian berkenaan yang disempurnakan oleh Duli YMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Di dalam DSI yang penuh dengan ribuan hadirin, kebanyakannya duduk penuh tertib tanpa kata² khusyuk mendengar ucapan penuh makna daripada Baginda. Hinggalah bergema kata²..
"Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Saya dengan ini merasmikan Bangunan Pentadbiran sebagai Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim..
Kemudian...
Tepukan gemuruh memecah suasana...dewan kembali hangat.
Demikianlah sudah rasminya penukaran nama Bangunan Pentadbiran UTM Johor Bahru sebagai Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI). Duli YMM Sultan Johor telah sudi mencemar duli pada hari ini untuk merasmikan majlis perasmian tersebut. Antara para VVIP lain yang turut hadir pada majlis ini adalah YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Majlis yang bermula pada jam 10 pagi itu turut dihadiri beberapa dif kehormat seperti Pro-Canselor, Speaker DUN Johor, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' NC dan beberapa dif-dif kehormat yang lain. Selesai sahaja perasmian berkenaan, para dif-dif kehormat terus menerus melawat Fakulti Kejuruteran Elektrik (FKE) dan juga Loji Pandu (CEPP). Berlangsung sedikit acara di sebelah sana. - (Penulis tidak ke sana, maka tiada laporan untuk dikongsi).
Tamat acara di sana. Baginda dan seluruh dif-dif kehormat yang lain kembali semula ke Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) untuk menyempurnakan plak perasmian bangunan terbabit. Sebelum Baginda beredar untuk bersantap, Baginda dijemput menyaksikan sedikit pameran berkaitan sejarah dan pencapaian yang dikecapai UTM. Seperti biasa, sedikit gambar² baru dan lama, anugerah dan yang paling mencuri pandangan mata, kenderaan Fuel Cell Vehicle yang memenangi pertandingan Shell Eco-Marathon Asia 2010 di Sepang International Circuit (SIC) baru² ini. Tahniah!

Dilupakan tidak, kepada studen baru yang memeriahkan suasana (berdiri di kiri dan kanan jalan), ini mungkin pengalaman baru bagi anda. Kelihatannya seronok mereka ini, lagi seronok sebab tak perlu ke kuliah!:p. Tak terkecuali, studen antarabangsa - maaf pada mereka yang pakai 't-shirt round-neck' tapi nak masuk dewan, memang la tak lepas. Next time don't forget to wear better attire dude~ peace!
Sebahagian posing² menarik sepanjang majlis..
note: BCSI - Akronim yang menarik, macam iras² TV Show CSI.:)
No comments:
Post a Comment