Wednesday, December 1

Kem Motivasi Pejabat Pendaftar: Semangat Getir Hati Teguh

Tarikh keramat 26-28 November 2010 lalu, satu program motivasi "Semangat Getir Hati Teguh" telah berjaya dilaksanakan. Program team building yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan di Pejabat Pendaftar telah menghadiri kursus motivasi ini yang berlangsung di Kampug Peta, Taman Negara Endau-Rompin selama 3 hari. Dengan laluan yang mencabar semasa perjalanan ke Kg. Peta, kenderaan pacuan empat roda (4WD) terpaksa digunakan untuk sampai ke kampung berkenaan. Hampir 3 jam diperlukan untuk sampai di kawasan Taman Negara Endau-Rompin. Sungguh mencabar!

Laluan sebelum ke Kg. Peta, Taman Negara Endau-Rompin, Mersing

Walaupun kedengaran keluhan daripada beberapa 'insan malang' yang terpaksa masuk hutan, itu tidak menjadi penghalang kepada para peserta untuk turut serta bersama-sama ketua jabatan masing-masing untuk menikmati keindahan alam flora dan fauna di taman negara sana.- Penulis agak kurang bernasib baik kerana tidak dapat turut serta dalam program ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Insyallah tahun depan ada lagi.

Setelah menempuh laluan berliku penuh becak dan lopak dengan 4WD, serta dihidangkan dengan deruan air sungai dan pemandangan hutan hujan tropika yang mengasyikkan, para peserta tiba di Kampung Peta dengan penuh perasaan teruja.

Pelbagai aktiviti telah diadakan dengan semua peserta memberi komitmen penuh pada semua program yang dijalankan. Pendaftar dan semua ketua jabatan lain turut memberi komitmen sepenuhnya. Terbaik!





registrar.utm
sumber gambar: mimie farhana, Azura Abu Bakar, Noraliza, Khirie,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails