Thursday, June 23

Kursus Motivasi Pejabat Pendaftar UTM 2011 di Lenggeng, Negeri Sembilan

24 Jun dipilih sebagai tarikh keramat bagi mengadakan kursus motivasi kepada sebahagian besar staf di Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru. Ini adalah kursus yang julung-julung kalinya diadakan dengan melibatkan sebahagian besar staf. Tidak seperti kursus motivasi sebelum ini yang diadakan di Kampung Peta, Endau yang hanya melibatkan para pegawai, kursus kali ini lebih besar dan melibatkan semua peringkat staf. Itu pasti hebat!
Excel Training Resort

Kursus motivasi kali ini seperti biasa dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD) - bahagian yang menguruskan latihan staf, dengan kerjasama pihak Training Excel Sdn Bhd (yang ada Datuk Fadzilah Kamsah tu). Untuk kali ini, kursus akan diadakan bermula 24 Jun 2011 (Jumaat) sehingga 26 Jun 2011 bertempat di Lenggeng, Negeri Sembilan. Bagi staf yang pertama kali mengikuti kursus motivasi ini, sudah pastinya kursus ini akan menjadi pengalaman hebat sepanjang berkhimat di Pejabat Pendaftar. Mana taknya, mungkin sebelum ini belum lagi pernah berkursus, tambahan pula berkursus dengan pegawai (bos-bos) masing-masing. Mesti menarik.

Kami semua kan bertolak ke Lenggeng seawal jam 8 pagi (24 Jun) dan insya-Allah akan memulakan slot pertama pada petangnya. Nantikan kisah dan pengalaman kami di Lenggeng sebaik kembali daripada sana. Nantikan..:)

Kepada yang tak tahu lokasi kem ni di mana, lihat peta di bawah ni

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails