Saturday, June 11

Majlis Penghargaan Pejabat Pendaftar 2011




Berlangsung terus dari M-Suites Hotel, Johor Bahru, telah diadakan Majlis Penghargaan Staf Pejabat Pendaftar 2010 pada malam 10 Jun 2011 (kelmarin). Majlis yang julung-julung kali diadakan semula ini telah terhenti hampir 2 tahun sehingga dilangsungkan semula tahun ini dan pada kali ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi (BPPO).

Sedikit pengenalan tentang Majlis Penghargaan Pejabat Pendaftar ini, yang mana merupakan satu pengiktirafan Pejabat Pendaftar kepada staf yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam tugas atau bidang masing-masing justeru menyumbang kepada kecemerlangan Pejabat Pendaftar khususnya dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) amnya.


Antara anugerah yang ditawarkan adalah:
i. Anugerah Penghargaan Kecemerlangan Staf
ii. Anugerah Inovasi (Individu / Kumpulan)
iii. Anugerah Sukan (Lelaki  / Wanita)
iv. Anugerah Khidmat Masyarakat
v. Anugerah KIK
vi. Anugerah 5S
vii. Anugerah Khas

Kriteria utama penghargaan staf ini adalah berpandukan kepada markah yang diperolehi dalam penilaian prestasi tahunan. Staf yang mendapat markah 85 peratus dan lebih untuk tempoh 3 tahun berturut-turut di Pejabat Pendaftar adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Penghargaan Kecemerlangan Staf. Jumlah bilangan penerima Penghargaan Kecemerlangan Staf bagi setiap Bahagian adalah 20 peratus daripada jumlah staf.

Ingin ketahui penerima-penerima anugerah tersebut? Nantikan...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails