Wednesday, June 29

Kursus Motivasi Pejabat Pendaftar di Excel Training Resort, Lenggeng 24-26 Jun 2011

HEBAT! itulah kata-kata yang mungkin dapat diluahkan dan digambarkan setelah selesai berkursus selama 3 hari di Kem Excel Training Resort, Lenggeng N. Sembilan. Seramai hampir 200 orang staf Pejabat Pendaftar UTM telah selamat berkursus dengan jayanya selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Jun 2011. Kem yang dianjurkan oleh pihak Bah. Pembangunan Modal Insan ini telah dihadiri oleh kebanyakan pegawai dan Pendaftar sendiri bersama staf-staf daripada semua bahagian di bawah Pejabat Pendaftar. Selami sorotan perjalanan kursus kami sepanjang 3 hari ini.

Semua peserta bergambar bersama Dato. Fadzilah Kamsah
- 24 Jun 2011 -
Semua peserta berkumpul seawal jam 8 pagi di tempat letak kereta berhampiran Tasik UTM. Tepat jam 8.45 pagi semua peserta bertolak dengan menaiki 5 buah bas menuju ke Lenggeng, Negeri Sembilan. Kem Excel Traning Resort dituju dan pada jam 2.30 petang setelah sesat, kami akhirnya tiba ke destinasi dengan selamat.

Sesi pertama kursus kami adalah bertajuk, Mengenal Peribadi Diri yang dikendalikan oleh Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Sesi selama 4 jam ini amat hebat bagi kami. Umum sedia maklum, pada waktu-waktu petang Jumaat begini, pasti mengantuk kalau berkursus, namun kebolehan beliau mengendalikan ceramah selama 4 jam tersebut amat memukau dan tiada seorang pun kelihatan 'tertidur' sepanjang sesi berkenaan.

Sesi selanjutnya adalah bermula pada jam 8 malam dengan sesi ucaptama oleh Saudara Pendaftar mendahulihi acara program. Sesi perasmian berlangsung hampir sejam setengah dan berkhir pada jam 9.30 malam. Kemudian slot ceramah seterusnya dikendalikan oleh Prof Hanim @ Halim bin Tahir [Pengarah Urusan Excel Training] yang membincangkan berkenaan Pengurusan Organisasi. Alhamdulillah, Pejabat Pendaftar sungguh bertuah mendapat khidmat penceramah hebat ini (termasukklan Dato' Fadzilah Kamsah) pada kem motivasi ini. Slot sebelah malam ini berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

- 25 Jun 2011 -
Sesi pada pagi ini dimulakan dengan sedikit senaman robik yang dikendalikan pihak Excel Training seawal jam 7 pagi. Selepas itu, pembahagian kumpulan diadakan dengan sebanyak 13 kumpulan diwujukan yang terdiri daripada campuran setiap staf daripada setiap bahagian. Selsai dibahagikan, setiap kumpulan ditugaskan mencipta logo pasukan dan juga sorakan pasukan masing-masing. Sesi pembahagian kumpulan selesai kira-kira jam 8 pagi.

Pada jam 8.45 pagi (selepas selesai sarapan pagi), semua peserta berkumpul semula bagi persiapan sesi seterusnya -jungle tracking. pengisian jungle tracking pada pagi ini adalah untuk mendaki ke Air Terjun Bukit Broga. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira sejam setengah itu diisi dengan beberapa aktiviti antaranya, memasak air (menggunakan air sungai, menggoreng telur dan mandi-manda di Air Terjun Bukit Broga. Walaupun perjalanan ke air terjun berkenaan singkat, namun pelbagai kisah berlaku sepanjang sesi jungle tracking ini. Walaupun agak meletihkan, tetapi masing-masing kelihatan seronok dengan mengalaman yang dilalui sepanjang perjalanan.

Pada slot petang pula, sesi Obstacle mengambil tempat dengan setiap kumpulan diuji di beberapa check point bagi menguji semangat berkumpulan dan semangat kepimpinan setiap individu. Antara aktiviti yang diadakan adalah mengisi air dalam batang paip yang berlubang, mencari botol dalam air, berkayak, halangan fizikal, mengisi air ke botol (JBA), menyumpit, dan komunikasi bisu. Sesi extreme ini berakhir kira-kira jam 5.30 petang.

Bagi slot malam pula, sesi BBQ berjalan selepas waktu magrib bagi mengisi perut yang berkeroncong selepas penat dengan aktiviti extreme. Slot malam pula adalah lebih kepada aktiviti rumusan dengan tayangan gambar sepanjang program sebelah pagi tadi ditayangkan untuk rumusan semua peserta. Rata-rata semua seronok dan mula mendapat input positif daripada slot-slot sebelum itu.

- 26 Jun 2011 -
Aktiviti pada hari terakhir ini dimulakan dengan slot seperti biasa - solat subuh dan tazkirah pagi. Selesai tazkirah pagi, slot solat hajat dan solat sunat duha mengambil tempat sebelum semua peserta berehat untuk sarapan pagi. Sesi slot seterusnya adalah sesi Tindakan Perubahan oleh individu, bahagian dan organisasi yang disampaikan oleh Saudara Ebit bin Ibrahim Lew. Slot berlangsung sehingga pukul 9.30 pagi sebelum majlis penutup berlangsung kemudiannya.

Selepas semua slot tamat, sesi bergambar bersama peserta kumpulan dan bersama rakan pejabat mengambil tempat sementara menanti waktu makan tengahari. Alhamdulillah kami semua bertolak pulang ke Johor pada jam 2.30 petang setelah menanti kehadiran bas yang lewat dengan penuh harapan. Selesai majlis penutup, rata-rata berpuas hati dengan kursus yang dijalankan dan yang paling berharga ialah mendapat ceramah secara langsung bersama dato' Dr Fadzilah Kamsah.

Harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang bagi mengukuhkan lagi hubungan dan keakraban antara sesama staf di Pejabat Pendaftar.. Semoga Terus Maju!!! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails