Thursday, June 30

Kejohanan Golf IPTA Malaysia ke-39 Tahun 2011 di UTM Johor Bahru

UTM Johor Bahru sungguh bertuah pada kali ini kerana diberi peluang untuk menganjurkan Kejohanan Golf IPTA Malaysia untuk siri ke-39 bermula 2 hingga 3 Julai 2011 bertempat di Palm Resort Golf & Country Club dan IOI Palm Villa Golf & Country Resort. Kejohanan yang disertai oleh staf-staf daripada semua Institut Pengajian Tinggi (KPT) di Malaysia ini, adalah merupakan kejohanan terbesar yang menemukan semua pemain-pemain Golf dikalangan kakitangan IPT Awam  seluruh Malaysia.

foto:www.sports.utm.my

Kejohanan yang mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini telah dimulakan sejak tahun 1970 lagi. Dianggarkan seramai 80 orang pemain akan menyertai kejohanan ini dengan 11 piala utama menjadi rebutan semua pemain dan pasukan yang bertanding. Untuk makluman lanjut berkenaan kejohanan ini, sila layari laman web rasmi Kejohanan Golf IPTA ke39 ini DI SINI.

2 comments:

Institut Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia said...

Dengan mengamalkan budaya membaca bahan ilmiah, ia membantu saudara/saudari memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan.

Institut Pengajian Tinggi Swasta Di Malaysia said...

Sikap Penentu Kejayaan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails