Tuesday, May 3

Program 'SENYUM' Peringkat UTM

"Senyum pun susah ke?. Bukan kena bayar pun".

Itulah kata-kata yang mungkin terpacul di bibir kita kalau kita bertemu atau berurusan dengan orang yang buat muka masam, muka 'seposen' dan juga muka takde perasaan. Kenapalah susah sangat nak senyum, kan? Kalau bagi jawapan, " Cikgu dulu tak ajar la", memang bakal kena luku la insan yang menjawab begitu.

Di UTM, alhamdulillah, senyum juga dijadikan kemestian dan pada perhimpunan bulanan bersama Dato' NC (pada 3 Mei 2011-hari ini), telah diedarkan batches dengan tertera simbol senyum. Sungguh menarik perhatian. Harapnya semakin ramai yang akan menjalani kehidupan ini dengan penuh erti - dengan hanya tersenyum. :)

Gantung saja gambar ini di dinding office anda, pasti ramai yang bukan sahaja tersenyum, malah tergelak gembira :))

sincere smile face

HIDUP INI INDAH, 
TERUSKAN MENGUNTUM SENYUM

1 comment:

Terbang Bersamaku said...

senyum seindah suria,ia akan meciakan hidup anda..Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah..senyum selalu..(^___^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails