Wednesday, May 11

Keputusan Penuh Kutipan Pingat (tidak rasmi) Oleh Team Pendaftar USG2011

Daripada bulan Mac hingga lah ke bulan Mei ni, cerita sukan antara jabatan (a.k.a UTM Staff Games) memang tak lekang dari bualan semua di UTM. masing-msing nak menunjukkan taring dan kehebatan masing-masing. Walaupun masing-masing nak tunjuk taring pun, harapnya tujuan asal penganjuran USG 2011 ini mencapai matlamat sebenarnya. Selain mencari wakil-wakil pemain universiti (dikalangan staf) untuk sukan antara staf dengan Universiti lain di Malaysia, USG2011 ini juga antara lain mengeratkan hubungan antara staf walaupun berlainan jabatan.



bersatu teguh, bercerai roboh!
Tamat pada 8 Mei lalu, USG menutup tirainya dengan banyak cerita untuk dikongsi bersama para pemain. Boling padang, Karom, Dart, Tenpin boling, Tenis (beregu) adalah antara acara penutup yang berlangsung hujung minggu lalu. Berikut keputusan bagi permainan-permaina berkenaan:

Bil
Permainan
Keputusan
1
Karom
Gangsa - tempat ke-3&4
2
Dart
Gangsa - Team Pendaftar tempat ke-3
3
Boling Padang
(Lelaki) - Kita menang Johan, Naib johan,


(Wanita) - Hanya berjaya ke peringkat suku akhir.
4
Tenpin boling
(Lelaki) - Tiada pingat


(Wanita) - Gangsa (tempat ke-3)
5
Tenis
Tewas di peringkat awal


Agak-agak berapa banyak kutipan pingat Team Pendaftar telah berjaya kumpul? rasa macam dah banyak pulak ye? Mari kita lihat senarai kutipan yang telah berjaya diraih rakan-rakan kita:

Pingat
Acara
EMAS
i. Bola Jaring
ii. Tarik Tali
iii. Petanque
iv. Bola Tampar (Lelaki)
v.  Futsal Senior
vi. Bola Sepak
vii. Boling Padang (Lelaki)
PERAK
i. Boling Padang (Lelaki 2nd team)
ii. Futsal (veteran)
GANGSA
(KE-3& 4)
i. Sepak takraw
ii. Tenpin bowling (wanita)
iii. Dart
iv. Karom

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA YANG BANYAK MENYUMBANGKAN TENAGA, MASA, DAN SOKONGAN ANDA KEPADA TEAM PENDAFTAR KITA. (^^,)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails