Sunday, May 1

Bola Sepak Team Pendaftar Ke AKHIR USG 2011!

Semalam telah berlangsung perlawanan separuh akhir bola sepak antara Team Pendaftar dan Pejabat Harta Bina (PHB) yang berlangsung di Kolej Datin Seri Endon (KDSE) a.k.a Kolej 13. Perlawanan berlangsung dalam suasana penuh dramatik dalam keadaan langit berwajah mendung menghangatkan lagi perlawanan separuh akhir kelmarin.

Perlawanan separuh akhir antara Team Pendaftar bertemu Pejabat Harta Bina, berkesudahan 1-0.


Perlawanan bermula tepat jam 5.30 petang dengan pendaftar melakukan sepak mula. Kedua-dua pasukan yang dibarisi pemain-pemain tebaik masing-masing sering berbalas serangan bagi membuka gol awal. beberapa percubaan merbahaya daripada kedua-dua pasukan juga mencuri tumpuan semua penyokong yang hadir. Selepas berusaha dengan penuh kesunggguhan akhirnya pada minit ke-20 (jika tidak silap), Team Pendaftar berjaya menjaringkan gol pembukaan mengatasi PHB.

Pada separuh masa ke-2, kedua-dua pasukan kekal mengekalkan rentak menyerang dengan masing-masing berusaha membolosi gawang lawan. Namun, akhirnya Team Pendaftar berjaya mengikat keputusan dengan kemenangan 1 gol berbalas kosong. TAHNIAH!! 

Bagi aksi AKHIR, Team Pendaftar akan bertemua pasukan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) di Padang Utama (berhampiran sekolah agama). Adakah Team Bola Sepak Pendaftar akan menambah kutipan pingat EMAS kali ini? Saksikan aksi mereka 3 MEI 2011 (Selasa). GAMBATE!!










No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails