Wednesday, April 20

Bola Tampar (Lelaki) Sumbang Emas Ke-4 Pejabat Pendaftar

Semalam (Isnin) adalah satu hari bersejarah buat warga Pejabat Pendaftar pada sukan USG2011 tahun ini. Kutipan pingat bertambah lagi kali ini hasil sumbangan pasukan bola tampar lelaki yang berlangsung pada malam 18 April lalu di Kompleks Sukan. Kejayaan ini adalah lanjutan daripada kejayaan kutipan pingat yang sama pada tahun lalu. Dilupa tidak, sekalung penghargaan kepada para pemain dan juga para penyokong yang turut sama hadir pada malam kejadian.SYABAS!!
                                                                                                                   ihsan: din
Pada perlawanan peringkat separuh akhir, Pejabat Pendaftar telah mengalahkan Fakulti Pendidikan 2-0. Kemenangan ini telah melayakkan team Pendaftar ke peringkat akhir.

Perlawanan di peringkat akhir menemukan 2 jaguh bola tampar UTM yang semakin menjadi bualan hangat di kampus UTM Johor Bahru. Sememangnya pertembungan ini seakan mengulangi sejarah perlawanan akhir Bola Tampar Sukan Antara Jabatan tahun 2010. Perlawanan akhir berlangsung sengit dengan pasukan lawan adalah musuh tradisi iaitu Pejabat HEMA. Ini sudah pasti memberikan tamparan hebat kepada team Pendaftar untuk mengekalkan kejuaraan tahun lalu. Walau bagaimanapun, berkat usaha gigih pemain dan sorakan penyokong, akhirnya team Pendaftar menang ke atas HEMA dengan keputusan 2-1.

Dalam seronok-seronok ni, pasti ada yang bertanya, "macam mana team bola tampar wanita?".


Jawapannya, team wanita agak kurang bernasib baik kali ini. Setelah berusaha memerah keringat, alhamdulliah mereka hanya berjaya keperingkat suku akhir sahaja setelah tumpas kepada team FKK dengan keputusan 2-0. walau bagaimanapun, TAHNIAH juga untuk mereka dengan hasil usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan. Insyallah, tahun hadapan peluang emas masih terbuka untuk diburu.

Ikuti perlawanan bagi acara seterusnya iaitu Badminton, Futsal dan Bola Sepak...minggu ini............ 
Cerita banyak pun tak guna, mari la turun ramai-ramai!!

Seperti biasa, anda disajikan dengan aksi-aksi (bola tampar) daripada kedua-dua team Pendaftar sepanjang acara ini berlangsung. Sila "like" jika anda suka :)





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails