Monday, April 11

Keputusan Petanque USG2011: Emas ke-3 Pendaftar

Kepada yang hadir petang Jumaat kelmarin (8April2011), pastinya dapat merasakan kehangatan pusingan separuh akhir dan akhir Karnival Petanque UTM Staff Games 2011 (USG 2011) langsung dari Pusat Ekuine UTM. Semua tidak menduga akan kemenagan pingat emas Pendaftar pada acara petanque pada tahun ini.


Team Petanque Pendaftar (2 orang peserta tiada dalam gambar)


Karnival yang berlangsung selama lima hari berturut-turut bermula 4 April (Isnin) lalu menyaksikan penyertaan hampir kesemua jabatan di UTM. Karnival Petanque kali ini dijalankan secara kalah mati melibatkan 2 pusingan awal sebelum kumpulan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir dan akhir.

Bola Petanque

Team Pendaftar bermula garang di peringkat separuh akhir setelah berjaya menumpaskan Pejabat Bendahari dengan keputusan 3-0. Pasukan lawan Team Pendaftar di peringkat akhir Fak. Kej. Awam (FKA) pula berjaya menumpaskan Pejabat Harta Bina (PHB) dengan kemenangan dramatis 2-1. Sememangnya satu keputusan yang tidak terjangka pada tahun ini. Berbanding tahun lalu, Team Pendaftar tidak berjaya walaupun ke peringkat suku akhir acara ini. Satu perkembangan baik bagi Team Pendaftar hasik kutipan emas kali ini. Dengan kemenangan petanque ini, kutipan emas Team Pendaftar kini bertambah menjadi 3 keseluruhannya, perak-0 dan gangsa juga 0.

Berikut adalah keputusan penuh Karnival Petanque pada USG 2011.
Pingat Emas : Pendaftar
Pingat Perak: Fak. Kej. Awam
Pingat Gangsa: Bendahari & Pej. Harta Bina.

Saksikan aksi-aksi peserta sepanjang 5 hari karnival ini barlangsung. TAHNIAH SEMUA!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails