Tuesday, April 5

Keputusan Ping Pong USG2011

Telah berlangsung karnival pingpong sempena UTM Staff Games 2011 (USG 2011) pada 2-3 April kelmarin. Bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita telah dijalankan pada 2 April (Sabtu), manakala bagi kategori beregu, acara dijalankan pada hari berikutnya - Ahad.

Team Pendaftar turut menyertai kesemua kategori yang dipertandingkan namun nasib tidak memihak kepada Team Pendaftar bagi kesemua kategori. Bagi Perseorangan lelaki, kita hanya berjaya hingga ke pusingan kedua. Manakala bagi perseorangan wanita, wakil Team Pendaftar juga hanya berjaya ke peringkat ke-2  sahaja.

Aksi akhir perseorangan wanita



Untuk kategori beregu lelaki dan wanita pula, Team Pendaftar hanya berjaya peringkat pusingan ke-2 sahaja sebelum ditewaskan oleh jabatan lain. Walau bagaimanapun syabas kepada rakan-rakan staf yang hadir dan berusaha gigih menentang lawan masing-masing. Insyallah masih ada peluang dan ruang untuk Team Pendaftar memantapkan pasukan ping pong untuk tahun akan datang. Dari segi kutipan pungutan pingat keseluruhan, Pendaftar masih lagi mendahului dengan kutipan 2 Emas setakat ini. 

Teruskan berusaha dan selamat maju jaya untuk tema PETANQUE yang akan turun beraksi pada petang ini (5 Apr 2011). Mari kita turun memberi sokongan moral kepada mereka.!!


Keputusan Penuh:

Pingat
Perseorangan
Beregu
Lelaki
Wanita
Lelaki
Wanita
EMAS
FKK
FKE
FKM
FKK
PERAK
UTM IC, KL
FKK
FS
FKE
GANGSA
FKM & FS
FKK & PHB
FKM & FKM
FKE & PHB


Sedikit suasana semasa karnival Ping Pong:


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails