Friday, September 23

Majlis Penghargaan Sukan & Sambutan Hari Raya Pendaftar 2011

Pejabat Pendaftar melalui BAKUPEN sekali lagi meraikan para stafnya dengan mengadakan 2 majlis serentak iaitu Majlis Penghargaan Sukan dan Sambutan Hari Raya Pejabat Pendaftar 2011 pada hari semalam 22 September 2011. Majlis Penghargaan Sukan diadakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan staf-staf Pejabat Pendaftar (Pendf) yang telah menyumbangkan kudrat, tenaga dan semangat untuk mewakili Pejabat Pendaftar pada Kejohanan sukan antara jabatan (UTM Staff Games 2011) pada awal tahun ini. Disamping itu juga, majlis dirangkumkan bersama Sambutan Hari Raya peringkat Pejabat Pendaftar bersempena bulan Syawal yang masih dirasai.




Majlis dilangsungkan pada jam 11 pagi dengan para jemputan terdiri daripada kalangan staf di Pejabat Pendaftar sediri. Majlis diadakan di Pusat Latihan UTM, Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD). Kehadiran para tetamu yang baik amatlah dihargai di saat kesibukan sebahagian staf yang terlibat dengan Majlis Konvokesyen yang ke-47 pada minggu ini. Dianggarkan seramai 150 orang staf hadir bersama-sama ketua jabatan masing-masing ke majlis ini bagi memeriahkan suasana program. 

Aturcara majlis dipenuhi dengan marhaban beramai-ramai yang diketuai oleh Tn. Hj Dahari dan disusuli dengan ucapan oleh Pengerusi Bakupen, En Azri Hohad dan wakil Tuan Pendaftar, Tn. Hj Hassan bin Husin. Acara seterusnya diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para pemain yang telah menyumbang pingat keada Pejabat Pendaftar. Permainan yang telah menyumbangkan pingat adalah seperti berikut:
EMAS:
1. Pentanque
2. Boling Padang (L)
3. Tarik Tali
4. Futsal Senior (L)
5. Bola Sepak
6. Bola Tampar (L)
7. Bola Jaring

PERAK:
1. Boling Padang (L)
2. Futsal Veteran (L)

GANGSA:
1. Dart
2. Sepak Takraw
3. Tenpin Boling (W)
4. Karom

Kemudian, majlis diteruskan dengan jamuan hidangan nasi minyak yang lazat bersama lauk ayam masak merah dan sambil menikmati juadah yang tersedia, para hadirin disajikan dengan dendangan dan alunan lagu raya yang membangkitkan suasa perayaan. Majlis akhirnya ditutup dengan sesi bergambar bersama seluruh staf yang hadir. Kepada yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini termasuk para tetamu, terima kasih dan syabas diucapkan. Kepada yang telah mendapat sijil penghargaan, teruskan menyumbang pingat di masa hadapan, insya-Allah.

Jumpa lagi di tahun hadapan. :)

[maaf, gambar akan diupload kemudian]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails