Tuesday, July 19

Gotong-Royong Bina Wakaf Sekitar UTM 2011


Wakaf atau bahasa modennya - gazebo, banyak kelihatan di taman-taman dan kawasan perumahan pada hari ini. Wakaf didirikan sebagai selain keperluan lanskap juga memberi kemudahan sebagai tempat berehat dan berteduh. Di UTM sendiri, bersepah wakaf didirikan di sekitar Kampus UTM Johor Bahru (UTM JB). Ada yang satu tiang, empat tiang, tapi tiada lagi setakat ni yang tak bertiang. Baru-baru ini, telah diadakan satu aktiviti gotong royong mendirikan wakaf di empat lokasi baru di UTM JB. Berlangsung pada Ahad lalu (17 Julai 2011), aktiviti ini adalah kerjasama antara Pejabat Harta Bina (PHB), Fakulti Alam Bina (FAB), Pejabat Pendaftar, Pejabat HEMA, dan juga mahasiswa UTM JB.



Empat lokasi utama didirikan wakaf ini adalah di tempat letak kereta Bangunan Canseleri, laluan pejalan kaki berdekatan Sekolah Pengajian Siswazah, Blok G08, Kolej Rahman Putra dan juga di Blok G25, Kolej Rahman Putra. Tujuan utama didirikan wakaf ini adalah sebagai kemudahan orang ramai untuk berteduh disamping menyerikan suasana lanskap sekitar kawasan berkenaan. Gotong-royang mendirikan wakaf ini adalah julung-julung kali diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak yang terdiri daripada staf dan juga pelajar. Aktiviti ini turut mendapat perhatian Dato' Zaini Ujang yang turut bersama-sama menyertai setiap kumpulan di empat lokasi terbabit. 


Konsep wakaf ini adalah konsep pasang siap dengan setiap bahagian telah pun disediakan terlebih dahulu. Tapak telah disediakan lebih awal, kayu telah dipotong, dan sesetengah bahagian telah pun ditanggam dan dipaku terlebih dahulu. Sebahagian genting juga adalah diguna semula selari konsep pelestarian yang menjadi trademark UTM saat ini. Program yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir sekitar jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan semoga amal jariah ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T sentiasa. Amiin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails