Wednesday, July 27

Lawatan Delegasi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Brunei ke UTM

Baru-baru ini, Pejabat Pendaftar telah menerima kunjungan 2 orang wakil daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Brunei bagi lawatan kerja selama 4 hari di Pejabat Pendaftar. Lawatan kerja ini adalah jemputan daripada KUPUSB sendiri yang mahu melihat sistem pentadbiran di UTM terutama sekali di bahagian Pejabat Pendaftar. Lawatan kerja ini berlangsung dari 18 hingga 21 Julai 2011 melibatkan lawata di beberapa bahagian seperti Bahagian Pengurusan Modal Insan, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Organisasi,  dan juga Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa. 


KUPUSB diwakili oleh Awang Abdullah bin Haji Zaini dan juga Awang Haji Yahya bin Apongyang juga bertugas di Pejabat Pendaftar KUPUSB. Selain mengeratkan hubungan kerjasama antara UTM dan KUPUSB, lawatan kerja ini juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada program kerjasama dan pertukaran teknologi dan kepakaran antara kedua-dua pihak. Lawatan kerja yang berakhir 21 Julai itu disudahi dengan majlis jamuan ringkas bersama deligasi daripada KUPUSB serta beberapa staf UTM yang lain. 




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails