Thursday, July 28

Kempen Pejabat Hijau

UTM pada masa ini sedang melancarkan Kempen Pejabat Hijau (Green Office Campaign) di kampus UTM Johor Bahru dan juga di UTM International Campus, Kuala Lumpur.  Jika Kempen Bumi Hijau selalu didengari, Kempen Pejabat Hijau mungkin sesuatu yang baru. Kempen ini bukanlah bermakna semua  pejabat akan berwarna hijau, tapi secara konsepnya, segala sumber yang digunakan di pejabat adalah lebih mesra kepada alam sekitar. Bertunjangkan konsep kampus lestari, UTM sekali lagi mengorak langkah dengan mempromosikan pengurusan sumber pejabat dengan lebih cekap dan efisyen.



6 perkara utama dalam Kempen Pejabat Hijau ini adalah:

1. Penjimatan Tenaga (save energy)
- mematikan suis lampu dan pendingin hawa jika tidak digunakan.
- mematikan komputer jika tidak digunakan.
- memaksimumkan penggunaan cahaya daripada sumber semulajadi (matahari)

2. Sisa Elektronik Hijau (green E-waste)
- mengumpulkan semua perlalatan elektik dan elektronik di dalam tong khas bagi tujuan kitar semula.

3. Mesyuarat Mapan (sustainabile meeting)
- penggunaan e-mel bagi panggilan mesyuarat.
- menggunakan 'tumb-drive' berbanding kertas [nota, panduan, draf dll.]
- tiada botol air (mineral)
- gunakan projektor berbanding salinan bagi setiap orang.


4. Amalan Kitar Semula (Practice Recycling).
- menghantar semula barangan lama untuk dikitar semula di lokasi yang ditetapkan pada setiap hari Isnin [Isnin adalah Hari Kitar Semula]. Ganjaran tunai bagi setiap serahan.

5. Bungkusan Hijau (green packaging)
- bag plastik 'biodegradable' [mudah lupus]
- bekas makanan dan minuman 'biodegradable'.

6. Jimatkan Kertas (save paper)
- guna semula, kurangkan dan kitar semula kertas-kertas terpakai.

Teruskankan berkempen bukan saja di pejabat malah di rumah juga. Kita hanya ada SATU BUMI SAHAJA untuk didiami :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails