Friday, March 18

Team Pendaftar [Tarik Tali & Bola Jaring] ke separuh akhir UTM Staff Games (USG) 2011

Semalam (17 Mac) berlangsung perlawanan tarik tali & bola jaring di peringkat suku akhir melibatkan Pasukan Pendaftar. Hasil kecekalan dan kesungguhan pemain-pemain, mereka berjaya mara ke peringkat separuh akhir. TAHNIAH!!

Pasukan tarik tali Pasukan Pendaftar telah bertemu pasukan FBB dan beroleh kemenangan mudah 2-0!! mantap sey! Lihat saja muka-muka pasukan tarik tali ni. Gagah perkasa! :)

WUUUUHHHHHHH!!!!!!!

Bagi bola jaring (a.k.a netball) pula, Pasukan Pendaftar telah bertarung penuh kesungguhan dengan pasukan FAB. Kemenangan, alhamdulillah sekali lagi memihak kepada Pasukan Pendaftar dengan kemenangan 19 berbalas 2.

Bagi perlawanan kedua, Pasukan pendaftar telah bertemu Fak.Sains, dan sekali lagi, alhamdulillah, pasukan Pendaftar mengungguli perlawanan dengan kemenangan 12 jaringan berbalas 2. HEBAT!
muka2 pancit selepas game pertama..:)

Cerita banyak pun tiada guna, mari lihat aksi-aksi mantap mereka. DAN, CHAYO'! untuk game petang ni!!
:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails