Tahniah kepada Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya yang berjaya mendapat persijilan 5S pada 5 Ogos 2010. Oleh itu, Pejabat Pendaftar UTM telah mengambil inisiatif dengan mengadakan lawatan pada 26 Januari 2011 yang lalu. Kami telah disambut mesra oleh semua staf di Pejabat Tanah termasuk Pengarahnya sendiri iaitu Hj. Ramlee bin Hj. A. Rahman.
Keadaan Kaunter "Sebelum" dan "Selepas" 5S. |
Perkara yang amat ditekankan untuk menjayakan 5S adalah komitmen dan penglibatan semua pihak termasuk pegawai atasan dan juga staf sokongan. Antara tindakan yang telah diambil adalah:
1) Setiap staf hendaklah membersihkan kawasan dan peralatan sendiri dari jam 5.00 - 5.15 petang.
2) Hari Jumaat dijadikan sebagai Hari 5S dari jam 3.00 - 5.15 petang.
3) Usaha yang dijalankan hendaklah berterusan.
4) Setiap staf hendaklah peka dengan kawasan sekitar dan menjadikan 5S sebagai budaya kerja.
Apa lagi orang Pejabat Pendaftar UTM...Jom!!! Kita 5S kan office...baru le mata sedap memandang...nak pergi office pun mesti semangat. Untuk orang BPA, terima kasih ya uruskan lawatan ni. Dapat kami ilmu baru. :)
Suasana pantry yang menceriakan. |
Setiap kabinet dilabel bagi memudahkan pencarian. |
Taklimat disampaikan oleh Pengarah Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya,Tn. Hj. Ramlee bin Hj. A. Rahman. |
No comments:
Post a Comment