Thursday, May 10

Pertandingan Mencipta Logo BAKUPEN 2012


Badan Kebajian Staf Pejabat Pendaftar [BAKUPEN] sedang mengadakan pertandingan mencipta logo BAKUPEN. Ini bagi menghangatkan semula program dan aktiviti BAKUPEN kepada semua staf di Pejabat Pendaftar.

Disimpan jangan bakat terpendam anda itu, serlahkan potensi anda dengan menghantar LOGO terbaik yang akan dipilih sebagai logo rasmi BAKUPEN kelak.

Kepada yang berminat tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 25 Mei 2012. Hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:




Syarat-syarat
1. Karya/logo yang dihasilkan mestilah karya asli peserta. Karya yang menciplak/mengambil/meniru karya orang lain dan diperakukan oleh panel penilai adalah terbatal serta merta.
2. Setiap peserta mestilah menyertakan bersama keterangan rekabentuk logo/karya yang dihasilkan.
3. Tema karya/logo adalah bebas namun mesti mempunyai nilai-nilai berkaitan UTM, staf dan sebagai yang difikirkan bersesuaian.
4. Keputusan panel penilai dalam menentukan pemenang adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan kecuali terdapat penipuan pada karya yang terpilih.
5. Setiap penyertaan hendaklah dicetak [berwarna] di atas kertas A4 dan dilampirkan bersama borang penyertaan [rujuk lampiran].
6. Penyertaan hanya terbuka kepada staf di Pejabat Pendaftar sahaja.

7.Setiap penyertaan hendaklah dihantar pada atau sebelum 25 Mei 2012 kepada Jawatankuasa BAKUPEN

'innovative . entrepreneurial . global'


Biro Promosi & Publisiti
Bakupen 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails