Monday, May 21

Keputusan UTM Staff Games 2012 [minggu 1]

Minggu lepas telah bermulanya UTM Staff Games 2012 di UTM Johor Bahru. Edisi ke-2 [selepas namanya ditukar] ini telah berlangsung bermula 14 Mei yang lalu dengan melibatkan 22 kategori acara, lelaki dan wanita dan tamat pada 7 Jun 2012 . UTM Staf Games adalah satu-satunya acara yang menjadi medan yang merapatkan hubungan antara staf UTM melalui sukan disamping memilih wakil-wakil ke kejohanan sukan antara staf IPT se-Malaysia.

Minggu lalu telah berlangsung beberapa acara antaranya badminton [L&W], bola sepak [senior], boling padang, karom, dart, bola jaring, ping pong [L&W], futsal [L] dan tenis. sebahagian berlangsung secara harian dan juga ada yang berlangsung secara karnival pada Sabtu dan Ahad. Berikut keputusan penuh pencapaian Pejabat Pendaftar:


i. Bola sepak [senior]  - Akhir
ii. Badminton [L] - Suku akhir
iii. Badminton [W] - Suku akhir
iv.Boling padang [L] - Suku akhir
v. Boling padang [W] - Suku akhir
vi. Karom - tiada wakil
vii. Bola jaring - Suku akhir
viii. Ping pong [L] - Suku akhir
ix. Ping pong [W] - Suku akhir
x. Futsal [L] - JUARA [EMAS]
xi. Tenis - tiada wakil
xii. Dart - tewas

Agak malang pencapaian Pej. Pendaftar bagi kutipan pingat pada kali ini kerana tidak dapat mengekalkan pingat emas bagi acara Bola Jaring dan Boling padang yang hanya berjaya ke peringkat suku akhir. Insyallah bagi acara lain, Pej. Pendaftar masih berpeluang mengekalkan kejuaraan.

Terus sokong untuk baki acara sehingga 7 Jun kelak. :)

Sebahagian aksi pemain sepanjang minggu lalu yang sempat dirakam. [gambar drp kamera lain tak dapat lagi]









mahu gambar lagi? Saksikan di Facebook Aktiviti Pej. Pendaftar di sini >> https://www.facebook.com/registrar.utm


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails