Thursday, June 14

Keputusan Penuh Kutipan Pingat Pejabat Pendaftar UTM Staff Games 2012

UTM Staff Games telah melabuhkan tirai akhirnya. Acara yang berlangsung bermula 14 Mei 2012 lalu telah tamat pada 11 Jun 2012 [semalam] dengan acara Pentaque menjadi acara penutup bagi UTM Staff Games kali ini. Ramai staf telah terlibat sepanjang USG ini dan terus memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan Pejabat Pendaftar terus kekal mengungguli senarai kutipan pingat tertinggi keseluruhan. Tahniah dan syabas diucapkan.

Jika dibandingkan dengan kutipan pingat pada tahun lalu, kutipan pingat pada tahun ini agak merudum dengan keseluruhan hanya 7 pingat sahaja berjaya dikutip berbanding 13 pingat  pada tahun lalu. Walaupun beberapa acara telah digugurkan, Team Pendaftar masih berjaya mengekalkan kejuaraan bagi Bola Sepak (S) dan Bola Tampar (L). Berikut kutipan pingat keseluruhan Team Pendaftar untuk USG 2012:


1. Bola Sepak (S) - JOHAN
2. Bola Tampar (L) - JOHAN
3. Futsal (L) -  JOHAN
4. Sepak Takraw - NAIB JOHAN [Team Pendaftar 1]
5. Bola Sepak (V) - NAIB JOHAN
6. Pentaque - TEMPAT KE-3
7. Catur (L) -  TEMPAT KE-3
8. Catur (P) - TEMPAT KE-3

Beberapa pingat emas yang terlepas oleh Team Pendaftar adalah Tarik tali [tidak dipertandingkan], pentaque, bola jaring, futsal dan sepak takraw.

Tahniah dan Tahniah sekali lagi kepada mereka yang tetap terus turun sebagai pemain bagi memastikan Team Pendaftar menjuarai kutipan keseluruhan USG 2012 kali ini. Kepada yang tetap turun untuk menyokong terima kasih dan teruskan semangat anda itu. Dilupa tidak kepada seluruh jawatankuasa penyelaras, para pengurus, dan jurulatih yang terlibat tahniah di atas usaha dan semangat yang ditunjukkan. Konsisten, moga Team Pendaftar terus masju untuk tahun-tahun akan datang.

Untuk lain-lain keputusan:

1.PING PONG (L)- BEREGU SUKU AKHIR
2. PING PONG (W) -  KUMPULAN
3. DART  -  TEWAS PERINGKAT KUMPULAN
4. BOLAJARING  - TEWAS PERINGKAT KUMPULAN
5. KAROM  - TEWAS PERINGKAT KUMPULAN
6. BADMINTON (L)  -   SUKU AKHIR
7. BADMINTON (W)  -  SUKU AKHIR
8. TENIS (L)  -   CLASH
9. BOLING PADANG (L)  -   SUKU AKHIR
10. BOLING PADANG (W)  -  SUKU AKHIR


Untuk santapan mata, disediakan sedikit foto terpilih sepanjang acara berlangsung untuk tatapan semua. :)





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails