Tuesday, September 10

Sambutan Aidilfitri Pejabat Pendaftar 1434H / 2013

Sudah menjadi kelaziman saban tahun kepada kakitangan di Pejabat Pendaftar, UTM untuk mengadakan Majlis sambutan Aidilfitri peringkat Pejabat Pendaftar bersama seluruh kakitangan.  Berlangsung pada 3 September 2013 di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim majlis sambutan Aidilfitri diadakan bagi mengukuhkan ukhwah dan merapatkan hubungan antara staf di Pejabat Pendaftar.


Konsep sambutan kali ini bercirikan gerai yang mana setiap bahagian diminta untuk menghias gerai masing- masing dan setiap bahagian diminta untuk menyediakan juadah hari raya seperti rendang, ketupat, buah-buahan, lemang, sate dan juga kuih-muih tradisi hari raya. Kebanyakan juadah disediakan oleh staf dan ada juga yang ditempah khas untuk dihidangkan digerai bahagian masing-masing.

Dengan sambutan yang diraikan dengan penuh ceria dan gembira, majlis disertai bersama hampir 100 kakitangan yang lain. Antara acara yang menarik yang dijalankan semasa majlis berlangsung adalah Pop Kuiz 5S. Pertandingan dijalankan bagi mempromosi amalan persekitaran berkualiti 5S di Pejabat Pendaftar memandangkan Pejabat Pendaftar dalam proses persediaan untuk Audit Pensijilan Amalan Berkualiti 5S yang dijangkan akan dijalankan bersama pihak SIRIM.

Majlis sambutan yang dianjurkan BAKUPEN ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 12 tengah hari. Rata-rata seronok dengan aktiviti yang diadakan dan yang paling menarik adalah konsep gerai yang diketengahkan membantu menceriakan lagi majlis Sambutan Aidilfitri kali ini. Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan dating dalam usaha mengukuhkan tali persaudaraan dan ukhwah di kalangan staf di Pejabat Pendaftar.

Ketupat Rendang juadah istimewa
Dicicah sambal sedap rasanya
Aidilfitri disambut tanda syukur kepada-NYA
Bersama rakan di Pejabat Pendaftar dirai bersama.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails