Berlangsung pada 8 Julai 2013, Pejabat Pendaftar sekali lagi dikunjungi oleh juruaudit SIRIM sebagai persediaan untuk melihat sejauh mana persediaan Pejabat Pendaftar ke arah Pensijilan Persekitaran Berkualiti.
Beberapa siri audit dalaman telah pun dilaksanakan oleh jawatankuasa 5S Pejabat Pendaftar sepanjang awal tahun 2013 bagi merancakkan lagi amalan persekitaran berkualiti di kalangan staf Pejabat Pendaftar. 5 zon utama telah diwujudkan dan setiap zon mengambil peranan masing-masing bagi memperkasa budaya 5S di zon masing-masing.
Encik Mazuan Salleh selaku juruaudit yang diundang khusus bagi melihat persediaan Pejabat Pendaftar telah memberikan beberapa teguran dan nasihat sepanjang sesi audit berkenaan. Antara yang ditekankan adalah dari segi dokumentasi yang dilihat masih belum bersedia. Namun, dari segi persediaan fizikal, komen daripada beliau rata-rata setiap zon telah bersedia bagi Audit Persijilan 5S berkenaan.
No comments:
Post a Comment