Monday, December 12

Pertandingan Bowling Ria Pejabat Pendaftar 2011

Jumaat lepas [malam] telah berlangsung Pertandingan Boling Ria Pejabat Pendaftar UTM bertempat di Dynamic Bowl, Danga City Mall. Pertandingan yang berlansung kira-kira jam 8.15 malam ini disertai oleh 27 orang pemain terdiri daripada 9 pasukan campuran yang mewakili setiap bahagian di Pejabat Pendaftar. 

Mengamalkan konsep santai, pertandingan ini turut disertai oleh staf bersama ahli keluarga dan saudara terdekat. Setiap pemain diberikan peluang bermain sebanyak 3 pusingan dengan pemenang akan dinilai berdasarkan jatuhan pin tertinggi. Kategori yang dipertandingkan adalah kumpulan, individu lelaki dan individu wanita.


Thursday, December 8

Ukhwah Dierat di Hari Keluarga Pejabat Pendaftar 2011

Ceria, gembira, seronok dan harmoni. Itu antara kata-kata yang dapat diungkapkan sepanjang aktiviti Hari Keluarga Pejabat Pendaftar yang diadakan pada 29 Oktober 2011 lalu. Bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru, seramai hampir 250orang staf bersama ahli keluarga masing-masng telah hadir bagi memeriahkan program Hari Keluarga berkenaan. Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah yang pertama selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2008.


Pelbagai program telah diadakan sepanjang setengah hari program berkenaan berlangsung. Ada aktiviti di lapangan dan ada juga aktiviti dalaman [indoor]. Antara aktivit luar yang menggamit penyertaan staf dan ahli keluarga adalah senaman J-robik, bowling bola ragbi, bawa bola pingpong dalam sudu, tiup tepung, lari kepit belon, golf, jalan ketam, dan beberapa lagi acara sukaneka lain. Acara-acara ini melibatkan penyertaan semua staf dan akhli keluarga serta kanak-kanak.


Thursday, October 20

Mari Komen Laman Web Pejabat Pendaftar

Pernah tak melawat laman web Pejabat Pendaftar UTM? Mana yang pernah pasti tak susah nak mencari rujukan-rujukan penting macam pekeliling Universiti, buku-buku panduan dan lain-lain. Mana yang belum, mari melawat sekarang! http://www.utm.my/registrar.

AJK web pada masa ni sedang membuat penilaian melalui soal selidik bagi menambah baik kualiti dan paparan di laman web Pejabat Pendaftar ini. Pada kami AJK urusetia, mungkin laman web ini dah best. Tapi tidak pada pengunjung. Jadi pendapat dan komen anda amat mereka dambakan. Jom jawab soal selidik di bawah ini. [10 minit diperlukan untuk masa anda - itu amat kami hargai] Terima kasih.




Tahniah untuk masa anda.:)

Friday, October 7

Kemangkatan Bonda DYMM Sultanah Johor


Seluruh Warga Universiti Teknologi Malaysia Mengucapkan Takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah dan kerabat Diraja Johor dan Perak atas kemangkatan bonda Almarhumah Raja Perempuan Mazwin binti Almarhum Raja Dato' Sri Raja Ariff Shah 
pada 6 Oktober 2011 (Khamis).
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Al-fatihah.




Friday, September 23

Majlis Penghargaan Sukan & Sambutan Hari Raya Pendaftar 2011

Pejabat Pendaftar melalui BAKUPEN sekali lagi meraikan para stafnya dengan mengadakan 2 majlis serentak iaitu Majlis Penghargaan Sukan dan Sambutan Hari Raya Pejabat Pendaftar 2011 pada hari semalam 22 September 2011. Majlis Penghargaan Sukan diadakan bagi meraikan dan menghargai sumbangan staf-staf Pejabat Pendaftar (Pendf) yang telah menyumbangkan kudrat, tenaga dan semangat untuk mewakili Pejabat Pendaftar pada Kejohanan sukan antara jabatan (UTM Staff Games 2011) pada awal tahun ini. Disamping itu juga, majlis dirangkumkan bersama Sambutan Hari Raya peringkat Pejabat Pendaftar bersempena bulan Syawal yang masih dirasai.



Friday, September 9

Perjumpaan Bulanan Bersama Naib Canselor September 2011

Berikut adalah rakaman bagi perjumpaan bulanan Dato' Naib Canselor bersama staf UTM bagi bulan September 2011. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails