Friday, August 24

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Pejabat Pendaftar UTM JB



Bersempena Bulan Ramadhan al-mubarak, Pejabat Pendaftar melalui Persatuan Kebajikan Staf Pejabat Pendaftar (BAKUPEN), telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Pejabat Pendaftar pada 13 Ogos 2012 yang lalu. Program yang diadakan sebagai kesinambungan Program berbuka puasa pada tahun lalu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kemesraan diantara staf Pejabat Pendaftar. Turut hadir pada program berbuka puasa yang diadakan di Dewan Banquet, UTM Johor Bahru adalah ahli keluarga staf Pejabat Pendaftar sendiri yang dianggarkan seramai 70 orang.


Thursday, July 19

Program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar [Julai/3 - 2012]

Alhamdulillah setelah beberapa kali membuat percubaan merakam program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar, cubaan kali ini berjaya merakam dengan sempurna. Program yang diadakan secara mingguan di kalangan staf Pejabat Pendaftar ini dibuat setiap minggu pada hari Khamis jam 8-9 pagi. Program dimulakan dengan mentaranum [mengaji] surah tertentu, kemudian diikuti dengan penjelasan tajwid dan seterusnya tafsiran ayat bagi surah berkenaan. Dan jika ada keizinan, sesi soal jawab juga turut diselitkan dalam sesi selama sejam berkenaan.

Pada minggu ini surah yang dibaca dan ditafsirkan adalah Surah Al-A'raf daripada ayat 88-93. Dengar dan hayati tafsiran ayat tersebut, moga bermanfaat. [sesi taranum dan penerangan tajwid tidak dimasukkan. Untuk mempelajarinya, sila hadir ke program ini].

Monday, July 16

Semakan Keputusan Kemasukan ke UTM sesi 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan bagi calon lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf boleh disemak melalui laman webU TM  www.jpt.utm.my. sebagai makluman semua calon yang berjaya adalah dimohon untuk memberi jawapan penerimaan tawaran sebelum 22 Julai 2012 (Ahad), manakala bagi calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara atas talian melalui web www.upu.mohe.gov.my mulai 13 Julai 2012 sehingga 22 Julai 2012.



Pendaftaran pelajar baharu UTM bagi kampus UTM Johor Bahru dan Kampus UTM Kuala Lumpur adalah pada 2 September 2012 (Ahad). Pihak Universiti amat mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu bagi sesi akademik 2012/2013. Tahniah kepada yang berjaya. Jumpa anda di UTM!

Semoga terus cemerlang.

Thursday, June 14

Keputusan Penuh Kutipan Pingat Pejabat Pendaftar UTM Staff Games 2012

UTM Staff Games telah melabuhkan tirai akhirnya. Acara yang berlangsung bermula 14 Mei 2012 lalu telah tamat pada 11 Jun 2012 [semalam] dengan acara Pentaque menjadi acara penutup bagi UTM Staff Games kali ini. Ramai staf telah terlibat sepanjang USG ini dan terus memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan Pejabat Pendaftar terus kekal mengungguli senarai kutipan pingat tertinggi keseluruhan. Tahniah dan syabas diucapkan.

Jika dibandingkan dengan kutipan pingat pada tahun lalu, kutipan pingat pada tahun ini agak merudum dengan keseluruhan hanya 7 pingat sahaja berjaya dikutip berbanding 13 pingat  pada tahun lalu. Walaupun beberapa acara telah digugurkan, Team Pendaftar masih berjaya mengekalkan kejuaraan bagi Bola Sepak (S) dan Bola Tampar (L). Berikut kutipan pingat keseluruhan Team Pendaftar untuk USG 2012:

Monday, May 21

Keputusan UTM Staff Games 2012 [minggu 1]

Minggu lepas telah bermulanya UTM Staff Games 2012 di UTM Johor Bahru. Edisi ke-2 [selepas namanya ditukar] ini telah berlangsung bermula 14 Mei yang lalu dengan melibatkan 22 kategori acara, lelaki dan wanita dan tamat pada 7 Jun 2012 . UTM Staf Games adalah satu-satunya acara yang menjadi medan yang merapatkan hubungan antara staf UTM melalui sukan disamping memilih wakil-wakil ke kejohanan sukan antara staf IPT se-Malaysia.

Minggu lalu telah berlangsung beberapa acara antaranya badminton [L&W], bola sepak [senior], boling padang, karom, dart, bola jaring, ping pong [L&W], futsal [L] dan tenis. sebahagian berlangsung secara harian dan juga ada yang berlangsung secara karnival pada Sabtu dan Ahad. Berikut keputusan penuh pencapaian Pejabat Pendaftar:

Thursday, May 10

Pertandingan Mencipta Logo BAKUPEN 2012


Badan Kebajian Staf Pejabat Pendaftar [BAKUPEN] sedang mengadakan pertandingan mencipta logo BAKUPEN. Ini bagi menghangatkan semula program dan aktiviti BAKUPEN kepada semua staf di Pejabat Pendaftar.

Disimpan jangan bakat terpendam anda itu, serlahkan potensi anda dengan menghantar LOGO terbaik yang akan dipilih sebagai logo rasmi BAKUPEN kelak.

Kepada yang berminat tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 25 Mei 2012. Hadiah menarik disediakan kepada para pemenang. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah:


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails