Monday, January 21

Bengkel Balance Score Card Pejabat Pendaftar 2013

Berlangsung di Lexis Hotel Port Dickson, pada 17 - 19 Januari 2013, staf pejabat Pejabat Pendaftar telah berkampung dengan satu tujuan untuk menyelaraskan perancangan strategik bagi tahun 2103 selaras dengan hala tuju universiti. 

Hampir keseluruhan pegawai dan staf berkaitan iaitu kira-kira 50 orang terlibat secara langsung dengan bengkel perancangan strategik ini atau balance score card. Bengkel 3 hari ini bertujuan untuk menetapkan halatuju dan saasaran kerja yang perlu dicapai bagi setiap bahagian di Pejabat Pendaftar bagi tahun 2013.



Thursday, November 15

Berbengkel Persekitaran Kerja Berkualiti di PD!

Lanjutan daripada pra-bengkel persekitatarn kerja berkualiti (5S) yang berlangsung kelmarin, bengkel sebenar akhirnya berlangsung di Lexis Port Dickson. Bermula pada 31 Oktober dan berakhir 2 November 2012, bengkel persekitaran kerja berkualiti ini diadakan bagi mewujudkan garis panduan khusus sebagai syarat dan dalam usaha Pejabat Pendaftar, UTM JB mendapatkan Pensijilan Persekitaran Kerja Berkualiti (5S).

Bengkel 3 hari ini dihadiri oleh wakil-wakil bahagian yang memerah keringat dan idea bagi mewujudkan kaedah terbaik dan persetujuan bersama untuk pensijilan 5S. Rata-rata berpuas hati dengan perjalanan bengkel termasuk juga lokasi hotel yang berada di bumi Port Dickson. Insya-Allah diharapkan dengan adanya bengkel ini dapatlah mewujudkan dokumentasi amalan persekitaran berkualti

Tuesday, October 30

Pejabat Pendaftar Bersedia Untuk Pensijilan Persekitaran Berkualiti 5S

5S adalah terma yang semakin popular masa ini di kebanyakan organisasi, ini tidak terkecuali di Pejabat Pendaftar UTM JB sendiri. Pada masa ini Pejabat Pendaftar sedang ke arah mendapatkan pensijilan 5S daripada pihak MPC. Untuk ke arah pensijilan tersebut, baru-baru ini telah diadakan beberapa siri pra-bangkel dan sesi ceramah berkaitan pengauditan dan amalan persekitaran berkualiti 5S di Pejabat Pendaftar.


Bergambar bersama En Rashid Kancil [wakil MPC] selepas sesi ceramah Persekitaran Berkualiti 5S kepada wakil peneraju 5S bahagian di Pejabat Pendaftar.

Friday, August 24

Berbuka Puasa Bersama Keluarga Pejabat Pendaftar UTM JB



Bersempena Bulan Ramadhan al-mubarak, Pejabat Pendaftar melalui Persatuan Kebajikan Staf Pejabat Pendaftar (BAKUPEN), telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Pejabat Pendaftar pada 13 Ogos 2012 yang lalu. Program yang diadakan sebagai kesinambungan Program berbuka puasa pada tahun lalu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kemesraan diantara staf Pejabat Pendaftar. Turut hadir pada program berbuka puasa yang diadakan di Dewan Banquet, UTM Johor Bahru adalah ahli keluarga staf Pejabat Pendaftar sendiri yang dianggarkan seramai 70 orang.


Thursday, July 19

Program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar [Julai/3 - 2012]

Alhamdulillah setelah beberapa kali membuat percubaan merakam program Membudayakan Al-Quran Pejabat Pendaftar, cubaan kali ini berjaya merakam dengan sempurna. Program yang diadakan secara mingguan di kalangan staf Pejabat Pendaftar ini dibuat setiap minggu pada hari Khamis jam 8-9 pagi. Program dimulakan dengan mentaranum [mengaji] surah tertentu, kemudian diikuti dengan penjelasan tajwid dan seterusnya tafsiran ayat bagi surah berkenaan. Dan jika ada keizinan, sesi soal jawab juga turut diselitkan dalam sesi selama sejam berkenaan.

Pada minggu ini surah yang dibaca dan ditafsirkan adalah Surah Al-A'raf daripada ayat 88-93. Dengar dan hayati tafsiran ayat tersebut, moga bermanfaat. [sesi taranum dan penerangan tajwid tidak dimasukkan. Untuk mempelajarinya, sila hadir ke program ini].

Monday, July 16

Semakan Keputusan Kemasukan ke UTM sesi 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan bagi calon lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ Setaraf boleh disemak melalui laman webU TM  www.jpt.utm.my. sebagai makluman semua calon yang berjaya adalah dimohon untuk memberi jawapan penerimaan tawaran sebelum 22 Julai 2012 (Ahad), manakala bagi calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara atas talian melalui web www.upu.mohe.gov.my mulai 13 Julai 2012 sehingga 22 Julai 2012.



Pendaftaran pelajar baharu UTM bagi kampus UTM Johor Bahru dan Kampus UTM Kuala Lumpur adalah pada 2 September 2012 (Ahad). Pihak Universiti amat mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu bagi sesi akademik 2012/2013. Tahniah kepada yang berjaya. Jumpa anda di UTM!

Semoga terus cemerlang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails